Assalamualaikum....
Okay...lama rasanya aku tak update entry baru. Now rasa bosan sangat-sangat. Nak study takde mood..kang tak pasal-pasal apa yang aku nak study tu tak melekat dekat kepala aku ni...heheheh...
Hmmm....nak cerita ape erk dekat korang?
Haaa....kenapa lagu dekat pencintanovella ni dah berubah? Mesti korang nak tau kan...kalau tak nak tahu pun tak pe..tapi aku just cerita jelah...
Lagu ni aku start minat bukan sebab Hani yang recommend kan..tapi sebab lagu ni diantara lagu yang aku karoake dengan kawan-kawan sekolah baru-baru ni.
Bayangkan...sangat-sangat menyentuh perasaan bila kami menyanyikan lagu Harus Terpisah by Cakra Khan diakhir karoake kitorang...macam tau-tau je memang kitorg HARUS TERPISAH demi mengejar cita-cita masing.
Sue...my beloved bff aka sister hood..dapat offer buat degree dekat UniMAP, Perlis. Faridah dapat dekat UUM, Kedah..hmm..so ktorg buat gathering aritu utk saje2 nak happy2 sama2..
Ya Allah...aku dengan Suraya..susah aku nak story..persahabatan kami sangat lama. Sejak dari aku darjah 3 aku kenal dengan dia..Selama ni dia study dekat je dengan aku. Tapi sekarang..jauh rasanya..nun jauh di Perlis sana..arghhhh....susah lah kita nak story mory sue...hmm..tapi xpe..kita ada whatsapp,wechat,twitter sume..so xde halangan la kan..so,aku happy akhirnya kau berjaya tempatkan diri kau dekat sana. Impian kau kan..aku happy tgk kau happy.. :)
Aku masih di Bangi..sekarang..Anis je la yang dekat dengan aku..sebab dia dekat UKM je..so senang la nak jumpa. hihihi...
p/s : Doakan kejayaan aku disini..Semoga aku berjaya dengan cemerlang dekat KPTM Bangi ni.. InsyaAllah..
p/s : Entry yang paling merepek yang penah aku tulis..sebab aku tak tahu nak tulis apa..apa yang terlintas dekat kepala tu lah yang aku tulis...hahahahah......
Bye....see you next time uolls... :) Night...
-azliza aziz aka zaza zara !!! -
Thursday, 5 September 2013
Saturday, 3 August 2013
I'm sorry... Belajar dari kesilapan dan cuba untuk muhasabah diri ini.
Assalamualaikum...
Mungkin entry kali ni tak seceria entry yang sebelum ni. Tapi aku cuba untuk tulis supaya aku dapat luahkan apa yang ada dalam hati ini. Tak kisah lah tak ada follower yang baca blog aku ni. Atleast lepas aku luahkan segalanya..aku akan rasa tenang sikit.
Maaf....andai kata diri ini bukan seorang sahabat yang baik. Aku sedar..aku salah..aku tak sepatutnya buat begitu. Mungkin time tu aku tak fikir panjang. Aku tak pedulikan apa orang nak cakap. Aku lebih ikut kata hati ni...sampai ada hati lain yang terluka oleh kelakuanku ini.
Aku minta maaf. Sebagai manusia..aku minta maaf sangat-sangat atas apa yang terjadi. Please jangan salahkan diri korang atas apa yg terjadi. Semua ni salah aku. Aku minta maaf. Rasanya diri ini sering lakukan kesilapan..yela kan..aku juga manusia biasa yg tak sesempurna mana.
Mungkin tak semua orang yakin bila aku cakap macam ni..aku akan berubah..tapi...aku akan cuba. Bila ada orang menegur kita..seharusnya kita tidak boleh melenting. Malah...belajar untuk terima teguran itu dan perbaikinya andai itu salah. Bukan marah atau cuba untuk mencari kesalahan orang lain. Malah kita harus redha dengan apa yg terjadi. InsyaAllah...aku cuba perbetulkan diri ini...
Aku sayang korang semua...Hani,Tyka & Atie...dari semester 1 aku kenal korang. Aku tak pernah anggap korang musuh aku. Malah korang sahabat rapat aku masa aku belajar dekat sini. Terima kasih sebab tegur silap aku...walaupun dengar cara kasar. Tapi aku tak marah. Salah aku..
-Kami sentiasa berEmpat-
Maaf andai aku bukan seorang kawan yang baik pada korang...tapi honestly..aku SAYANG persahabatan kita ni..Moga ia kekal hingga bila-bila..InsyaAllah.
Sorry...entry kali ni agak sayu sedikit hati ni bila jejari ini menyentuh papan keyboard lappy ni....Entry kali ni tidak berniat apa2..tapi niat hanya ingin meluahkan rasa hati dan memohon MAAF.. :( Assalamualaikum... :)
Wednesday, 10 July 2013
Dari Novel ke Drama :)
Assalamualaikum...
Hye uollss...lama rasanya aku tak update blog ni kan..rasa-rasanya dah hampir 2 bulan lebih aku tak update..n now aku dah masuk semester 5 dekat kolej..that's means sem ni adalah tahun yg ke tiga iaitu tahun akhir sebelum tahun depan aku dah mula kena pergi praktikal. Hmmm..pejam celik, pejam celik dari aku habis SPM..then aku sambung belajar..n now dah nak habis amik diploma..Insya-Allah..niat dihati tu mmg nak sambung lagi ke peringkat yg lebih tinggi. Kalau ada rezeki. Insya-Allah lah kan.
Okayy..cukup la kot kalau aku nak story pasal diri aku yang dah lama menghilang dari dunia blog ni selama 2 bulan ni..tapi terasa macam busy plk..hihihi..
Okayy..tujuan update blog ni just nak story sikit pasal SSID episode akhir haritu. Macam mana pendapat korang sume? Best tak? Hmm...bagi aku..best. Nak tau kenapa sebab nya mmg la ada sedikit perubahan. Tapi jalan cerita dia still menarik la.. Hmm..lepas ni malam-malam jumaat ku pasti terindu-rindu dekat gelagat Firash Arshad & Syafa Aqira kannnn? Sweet la dorang..haihh..Btw..lakonan Izzue Islam & Tiz Zaqyah dalam SSID tu mmg menjadi betul lah. Tahniah juga kepada penulis novel nya iaitu Kak Zura Asyfar. :)
Ni ada sedikit gambar yang aku nak share dekat korang sume.. :) Tengok lah..
Bahagia Rash & Syaf time ni..terkenang moment-moment perkenalan diorang masa kecil-kecil di Kg.Selidang. Dan ni adalah pesanan dari Cik Penulis kita sendiri.. :)
See...cerita ni mmg menjadi fonomena betul lah. Tengok rating penonton setiap episode lah kan..dr episode 1-13..mmg diluar jangkaan.
So jangan lupa lepas ni, drama yang ganti SSID. Kampung Girl pulaak..novel dia not bad tau..hopefully drama dia pon best lah.. kita tengok Ashraf Khairi & Ainnur Azmi plk yee..lakonan Akim Ahmad & Nad Zainal..jangan lupa pukul 9 malam slot zehra tv3 mulai 12 July 2013.. :)
Okay..bye..see u laterrr uollss..iollss jumpa korang dekat next entry okayy.. bye.. Assalamualaikum.
Saturday, 4 May 2013
Sedikit Cerita Di PBAKL 2013.
Assalamualaikum...
Hye uollss...hari ni iollss muncul balik untuk update entry baru dkt uollss semua..di kesempatan ini..aku nak story lah sikit pasal PBAKL 2013..
Ceritanya..hari isnin 29 April 2013..aku whatsapp lah dengan my sister in law..mula2 mcm biasa..tanya khabar dia n everything la..then..aku pun keluarkan kenyataan.. *kak yus..jom 1 may ni kita gi pesta buku?*
Kak yus pun jawab.. *bila?dekat mana?*
Aku pon jawab.. *alaa..dekat PWTC..smpai 5may je taw..jom lah..* nampak tak kat situ..aku tengah berusaha pujuk my sis utk g sana..heheh...
Kak yus jawab.. *boleh..tapi kakak taw tak jalan nak g sana? kak yus ingat2 lupa..*
Aku jawab.. *yeke?..xpe2..t sy tanya member eh*..
Kak yus jawab.. *okay..esok kak yus kompemkan balik jadi ke tak nk g sana ngn kakak..*
Aku pon jawab..*okay..hopefully jadi lah..*heheh...
Keesokan harinya my sis call me n ckp esok siap2..kak yus dtg amik kakak kat Bangi..horeyy..akhirnya berjaya jugak pujuk my sis..happy gilerr uolss..
Esok..lepas je g breakfast ngn my sis..naik kereta..bila dah lepas je Tol Sg.Besi..aku start lah on GPS..best jgk gne GPS kt Iphone 5 my sis pye ni..hahah..
Mmg agak jammed lah jalan nak msk PWTC tu..dgn budak2 sekolah lg..full park lah..maklumlah kitorg g time hari cuti..1 May kan?so..terima jela..
Masuk2 je..puas la pulak aku cari booth SR Publication...merata cari..sampai berpeluh2..ni semua gara2 nak dapatkan novel kakak SR kita lah..Curi-Curi Cinta..
And akhirnya..jumpa jugak...
Tadaa....saya dapat jumpa sendiri dengan penulis CCC..kak Siti Rosmizah kita.. :)
Ni dia novel yang aku nanti-nantikan sangat..
Ni yg paling happy...dpt signature dr kak SR lg uollss...
Mood..sgt2 happy uollss..n selain tu aku ade lah beli novel lain macam Duka Bersulam Rindu karya Ameera Ameer ngn Sehangat Asmara karya Aisya Sofea....okay lah..semoga kita jumpa lagi di lain hari dalam entry yg berbeza okay... :) byee..assalamualaikum..
Tuesday, 23 April 2013
Syukur..Alhamdulillah.. :)
Assalamualaikum...
Hye...dah nak dekat seminggu rasanya aku tak buat entry baru kan? So arini adalah lapang sikit..sebab kelas ade gap dalam masa sejam ni.. So aku peruntukkan untuk update blog aku ni. Alhamdulillah..dengan izin Allah, akhirnya aku selesai juga menjawab ujian lisan Bahasa Arab. Soalan dia..hmmm..nak kata susah tu tak lah..tapi Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan aku menjawab semua soalan dari Ustazah..cuma sedikit nervous la..yela..siapa lah tak nervous kan nak jawab soalan dia. Total soalan yang aku dapat tadi adalah 8 soalan...laju juga lah tadi aku jawab..sebab tu dapat soalan banyak kot...heheheh...
Itu pon tadi aku hampir tersasul uolls time nak jawab semua soalan dari ustazah..Ustazah pulak boleh nak gelakkan aku..haihh..*ustazah ni..saya tengah nervous ni..jangan lah gelak*
Okay jela..sampai disini je entry aku untuk harini..bye... :) See u next entry okayyyy....
Wednesday, 10 April 2013
Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita...
Assalamualaikum...
Entry aku harini mungkin akan menjadi entry yang paling terpelik sekali. Sebabnya..tiba-tiba aku teringin nak tulis something yang berkenaan dengan hati dan perasaan. Maybe lah kot. heeee...First sekali aku nak story sikit...seriously..aku adalah seorang penggemar setia novel-novel melayu. Oleh sebab itu, kadang-kadang aku sampai terfikir yang kalau boleh, aku nak jadi macam watak dalam novel tu.
Bercinta??? Apa itu cinta?
Bila kita mula bercakap soal hati dan perasaan maybe akan terkeluar lah perkataan cinta tu. Skop cinta ni sangat luas. Yelah...banyak definasi tentang cinta ni..iaitu Cinta Kepada Allah dan Cinta Sesama Manusia dgn Manusia.
Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan....dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran semata-mata.........melainkan dari HATI.
Pedulikan apa orang nak kata..yang penting kita kena jadi diri kita sendiri. Jangan jadi orang lain..nanti dah dikira HIPOKRIT. Jadi diri sendiri lagi bagus kan...am i right? heee.. So....ketika usia aku baru mencecah 20 tahun kalau ikut tahun lah..tapi kalau ikut bulan still lagi 19 tahun..heee..*memang aku sentiasa perasan muda uollss* dan sepanjang usia tu juga la aku tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki..Prinsip aku hanya satu..kalau diizinkan oleh Allah..aku hanya nak bercinta dengan seorang lelaki dan lelaki itu lah yang pertama dan terakhir dalam hidup aku..means di penghujung percintaan tu..ikatan kami akan terikat dalam satu ikatan yang halal dan diredhai oleh Allah. Insya-Allah...
Biar lah orang cakap, aku ni terlalu susah untuk buka pintu hati aku pada seorang lelaki. Tapi hakikatnya..aku rasa aku belum jumpa ciri-ciri lelaki idaman aku. Susah untuk aku percaya pada lelaki. Sebab tu lah sampai sekarang aku still single and available. <--->
Antara ciri-ciri lelaki idaman aku :
1. Beragama
- Ini adalah antara ciri yang paling penting sekali. Sebab apa..aku hanya mengimpikan seorang lelaki yang boleh jadi imamku suatu hari nanti. Selain itu, dia juga boleh bimbing aku kearah kebaikan iaitu kejalan yang diredhai oleh Allah. Dan orang yang cukup pegangan agamanya tak mudah untuk berbohong..dan mereka sering jujur dalam semua hal. Insya-Allah.
2. Pelindung dan Pembimbing
- Lelaki yang baik adalah lelaki yang sentiasa melindungi wanita dan menghormati hak wanita tersebut. Selain itu, lelaki yg macam ni juga akan sentiasa melindungi kita tatkala kita berada dalam keadaan yg merbahaya dan juga boleh bimbing kita supaya melakukan hal yg baik-baik belaka. Paling penting...lelaki tu mesti lah hormat kita sebagai seorang yang bergelar "GADIS".
3. Romantik
- Perempuan ni..hati diorang lembut dan sangat mudah tersentuh tau. Sebab tu lah ramai perempuan kat luar sana tu yg nak sangat cari boyfriend yg romantik. Lelaki yg romantik ni selalu nya seorang yang prihatin tentang apa yang pasangan mereka suka. Even..benda tu dia tak tahu..tp diorang still cuba utk amik tahu tentang apa yg pasangan mereka suka. Tak perlu lah kot aku terangkan definasi romantik tu dgn terperinci dkt sini..rasanya ramai yg dah tahu...hmmmm...
4. Bijak Bergaya
- Aikk...kenapa benda ni ada dalam list aku???hmm..sebenarnya..aku sangat suka lelaki yang sentiasa berpakaian kemas dan sopan. Bukan perempuan je tau perlu titik beratkan soal ni,tapi lelaki pun perlu jugak jaga imej dorang. Cara pemakaian mestilah ikut perkembangan fesyen terkini..bukan nya berada di takok yg lama. Senang cerita aku sukakan lelaki yg kemas dan berkarisma..
5. Berilmu dan Berpendidikan
- Ilmu tu penyuluh hidup. Sebab tu seseorang tu mestilah berusaha untuk mencari ilmu tu. Dan ilmu juga tak datang bergolek dekat kita kalau kita sendiri taak mencari kan? Pepatah ada menyebut "Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Liang Lahad". So..tanpa ilmu didada..macam mana kita nak mencatur kehidupan kita yg penuh dengan pelbagai dugaan ni? Tanpa ilmu juga, macam mana nak jadi ketua keluarga yg baik kelak.. Tapi jangan salah sangka..berilmu..tak semstinya kita mesti mempunyai segulung PHD baru dikatakan manusia berilmu. Tapi belajarlah dengan apa yg ada disekeliling kamu.
6. Bijak dan Berwawasan
- Bijak membuat keputusan. Berfikir sebelum bertindak. Ini sangat lah penting sebab apabila dah berkahwin, si isteri hendak lah patuh pada arahan si suami. Dan suami juga perlu bijak membuat keputusan dalam segala hal dalam mencari kebahagiaan rumahtangga dan hidup. Dan perlu mempunyai wawasan yg tinggi untuk memajukan diri pada masa akan datang.
7. Penyayang dan Penyabar
- Sifat penyayang yang semulajadi. Bukan hanya dibuat-buat dan untuk ditunjukkan pada khalayak ramai yee. Dan lelaki yg penyayang mestilah akan menjadi suami yg baik dan penyayang pada anak-anak dia nanti....Dan yg paling penting..lelaki tu bukan jenis yg panas baran dan suka melenting tak tentu pasal. Mereka mestilah mempunyai tahap kesabaran yg tinggi bila berhadapan dengan masalah. Selagi masalah tu boleh diselesaikan..selagi tu kita boleh berfikir secara rasional.
8. Berkerjaya yang stabil
- Bukan memilih. Tapi seorang lelaki mestilah mempunyai kerjaya yang tetap bagi menjamin masa depan isteri dan anak-anak kelak. Jika tak mempunyai kerjaya yang tetap...macam mana nak bagi makan isteri dan anak. Sometimes..benda macam ni lah yg kita perlu titik beratkan dalam kehidupan. Zaman sekarang, tanpa duit kita mungkin tak boleh hidup. Sebabnya dalam dunia ni..semuanya DUIT,DUIT,DUIT.. even nak masuk toilet pon kena bayar 0.20 sen kan?
9. Hormat orang tua dan bersopan-santun
- Yang ini pun penting jugak tau. Kalau dia tak pandai nak hormat parents kita. Agak-agaknya..dia boleh ke jadi ngam dgn parents kita. So sifat tu memang wajib ada lah bagi seorang lelaki. Hormat menghormati tu sangat penting.
10. Pendengar yang setia dan pemberi nasihat yang baik
- Mereka ni mesti sentiasa jadi pendengar yang baik apabila kita dilanda masalah. Dan mereka juga mestilah sering menasihati kita dalam melakukan sesuatu yg mungkin akan memudarat kan hidup kita. Bukan cuma dengar..then biar kan je apa yg berlaku. Itu bukan lah ciri-ciri pendengar yang baik.
Okay..that all untuk hari ni..ini cuma impian sahaja. Aku sebagai hambanya hanya mampu memohon dan berdoa kepada-Nya supaya Allah tu kurniakan aku jodoh yang baik-baik suatu hari nanti.. Insya-Allah..Aminnn..
Assalamualaikum...<____> :p
Wednesday, 3 April 2013
The End....SSID !!!
Assalamualaikum...
Akhirnya...setelah seminggu aku baca novel SSID..akhirnya sampai juga ke penghujungnya. Seriously...novel ni memang best giler lah bagi aku. Tak sia2 juga lah baca. Tapi tu lah kan...memandangkan aku busy dengan study lagi..mana sempat sangat nak spend time mengadap novel macam setiap kali yg aku buat setiap kali cuti sem tu. Sekarang ni..kalau ada masa lapang baru aku akan baca. Kalau tak..memang tunggu time semester break jela...hmmmm..boring jugak bila kita tak ada apa nak buat ..sebab novel dah habis baca...hmmm..sob..sob..
So sampai sini je kut entry aku untuk hari ni..so...see u next time...nak mandi pulak ni..nak gi kelas mengaji pukul 8.30..maklumlah..tugas sebagai seorang pelajar menghalang aku daripada duduk bersenang lenang dalam bilik..okay bye.... :p
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)


