Friday 21 October 2011

Dah lama rasanye aku tak update blog ni,sepi je rasenye.Tapi hari ni aku update k….Lama juga rasanya aku menyepi je.Maklum lah laptop tinggal kat rumah.Gare-gare takut spot check kt hostel,aku balik rumah haritu aku tinggal lah laptop kat rumah.Tu la..malas sangat nak bayar RM 20 kat pihak Desa Siswa.Pejam celik,pejam celik dah nak abis 1 sem aku belajar dekat KPTM Bangi ni.Tak sangka betul la…final pula semakin dekat.Aku harap sangat-sangat aku dapat keputusan yang cemerlang dalam final exam nanti.

And then, story lain yang aku nak cerita ialah pasal sebuah novel. Macam la tak kenal aku ni yang giler baca novel.Sebenarnya novel ni aku dah baca lama dah,kalau tak silp aku,aku baca novel ni masa aku form 4. Tajuk novel tu Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha. Novel ni memang best sangat-sangat lah.Aku pun tak tahu tibe-tibe tergerak hati aku nak cerita pasal novel ni kat korang semua. Memandangkan cerita ni memang best, sampaikan novel ni di adaptasi menjadi drama rantaian kat slot akasia TV3. Tajuk dia di ubah sikit dengan menggunakan nama watak heroin dalam novel tu iaitu Nora Elena. Mula-mula cerita ni tayang dekat TV3 aku tak tengok pon,sibuk dengan tengok Cinta Melody kat astro ria,sampailah kawan aku cakap rupenye nora elena adaptasi dari novel Kasih Yang Suci. Start dari tu,aku terus tengok cerita tu sampai lah habis. Memang betul-betul best la. Baru-baru ni,aku baru dapat full episode Nora Elena dari kawan aku..thank Cikgu. Dia lah yang bagi kat aku cerita tu.aku pun tengok lah balik cerita tu.hahaha…. Best betul cerita tu.Cuba korang imagine,yang suatu hari nanti korang dapat lelaki yang sayang kan korang betul2…Macam tu lah dalam Nora Elena.Seth sayang giler dekat Nora. 10 tahun dia cari Nora semata-mata nak tebus kesalahan yang pernah dia buat pada Nora. Dengan cara mengahwini Nora dan menjaga Nora mungkin akan kurang rasa bersalah dalam hidup seorang lelaki yang bernama Seth Tan. Seth tak pernah marah Nora,setiap kali Nora marah dia,dia sabar  je and redha. Pada klimaks cerita ni,Nora mula jatuh hati pada Seth dan tiba-tiba rahsia yang disimpan kemas terbongkar juga selama 10 tahun disimpan.Nora dapat tahu yang lelaki yang pernah menodai nya 10 tahun lalu adalah suaminya sendiri Seth Tan.
Pada mulanya Nora masih tidak mahu memaafkan Seth.Dia betul-betul marah pada suaminya.Tapi lama kelamaan hatinya menjadi lembut.Apabila setiap hari,setiap kad yang diterima terkandung ayat `Setiap orang yang bersalah berhak diberi peluang kedua.' oleh Nora Dan akhirnya,Nora bersedia memaafkan Seth.`Dengan memaafkan,dan melupakan kisah hitam itu,akhirnya aku mengecap kebahagiaan yang selama ni aku cuba lari daripadanya”.


                                           Kasih Yang Suci

                                                                     







Itu je lah yang aku dapat syer pada kali ni,jumpa next time ok!!! Assalamualaikum.