Tuesday 17 December 2013

BAB 1 : TAK PAKSA...MAKA TAK CINTA

BAB: 1

Lamunan Qaseh Izara terhenti tatkala bahunya di sentuh oleh sahabatnya Maisara.Serta merta lamunannya sebentar tadi hilang sekelip mata.
“Hoi…apa yang kau temenungkan tu Zara?”tanya Sara kepada Zara,sengaja ingin mengetahui apa yang telah sahabatnya itu termenung sampaikan dia yang muncul di sebelah pun tidak di endahkan oleh Zara.
“Isyy..terkejut aku tau tak Sara !!! Kalau aku ni ada sakit jantung dah lama agaknya aku ni pergi tak kembali macam lagu rabbani tu.”sengaja Zara berkata begitu pada sahabatnya itu, yela bukan nya hendak beri salam ke apa dulu,ni terus je terjah tanpa bagi salam,mahu tak terkejut beruk dia ???
“Ala kau tu yang termenung sakan nak marah aku pulak, apa la punya kawan,apa yang kau termenung kan tu Zara?”tanya Sara sekali lagi.
“Aku cuma teringatkan ibu dan ayah aku kat kampung, rasanya dah lama betul aku tak balik kampung, dah rindu giler ni, tapi nak buat macam mana, sekarang ni kita semua tengah busy nak buat revision untuk final exam yang nak dekat  ni.”kata Zara kepada Sara.                                             
 Hanya Allah je yang tahu betapa rindu nya gadis yang bernama Qaseh Izara itu kepada kedua-dua orang tuanya.

Empat  minggu selepas itu.

            “Zara,apa plan kau lepas ni?Ye la,kita kan dah habis exam,tunggu nak graduate je lagi…so kau nak buat apa sementara waktu ni?”tanya Sara kepada Zara.
“Aku ingat aku nak balik kampung tolong ibu aku lah,atau kalau ada lubang-lubang kerja kosong,aku ingat nak jugak kerja sambilan sementara nak graduate ni. Boleh jugak aku bantu-bantu ibu dengan ayah aku kat kampung tu.”
“Bagus lah tu Zara, aku pun fikir macam tu jugak.Sama je macam kau fikir tu.”beritahu Sara kepada Zara.
           
Kampung Bagan Sungai Burung, Sungai Besar Selangor

“Assalamualaikum….ayah,ibu…Zara balik ni.”laung Zara sewaktu tibanya di hadapan pintu rumahnya.
            “Waalaikumussalam..Zara…kenapa anak ibu ni nak balik tak bagitahu ibu dulu? Kalau tak, boleh ibu suruh ayah ambil Zara kat stesen bas tadi.”jawab ibu Qaseh Izara sewaktu terlihat anak perempuan tunggalnya sudah berada betul-betul di depan pintu rumahnya.
            “Ala ibu, Zara segaja nak kasi surprise kat ibu.Zara dah start cuti tau, cuti kali ni panjang sangat ibu.”kata Zara setelah menyalam tangan ibunya.
            “Cuti? cuti apa nya Zara?Panjang sangat Zara bagitahu ibu ni.”tanya Puan Kamariah kepada anaknya Qaseh Izara.
            “Ala, ibu ni tak ingat ke yang Zara ni dah habis belajar ibu.Ni ha Zara cuti,tunggu nak terima ijazah je.Zara rindu sangat dengan ibu tau.Ibu tak rindu kat Zara ke?”tanya Qaseh Izara sambil memeluk lengan ibunya itu.Macam lah dia seorang je dalam dunia ni ada ibu.
“Ahh!!! pedulikan apa orang nak cakap.Tu orang, bukan aku. Ibu aku,suka hati aku lah aku nak bermanja sikit kan ? Hati kecil Zara berkata sendirian.
“Rindu. Mana boleh tak rindu kat anak ibu sorang ni.”jawab Puan Kamariah sambil mencubit kedua-dua belah pipi anak gadisnya itu.
“Aduh, sakit lah ibu !!! Tak baik tau buat Zara macam ni.Eh,lupa pulak Zara nak tanya,ayah mana ibu?”tanya Zara kepada ibu nya.
“Bertuah punya anak, dah dekat nak setengah jam sampai baru teringat nak tanya ayahnya,”marah Puan Kamariah.Ala..bukan marah sangat pun,marah-marah manja gitu.Hahahah…..
“Ayah kat mana lagi dia, kalau tak ke kebun dia tu.Macam la Zara tak kenal ayah Zara tu.Tak boleh duduk diam kt rumah ni, ada je kerja yang dia nak buat.Maklum lah bekas tentera lah kata kan. Dah pergi mandi, solat lepas tu turun kat dapur makan. Ibu ada masak Asam Pedas Ikan Pari kegemaran Zara hari ni. Tiba-tiba je hari ni ibu tergerak hati nak masak lauk tu, rupanya Zara yang nak balik hari ni.”
Okay, Zara masuk bilik dulu ye bu, bye”.Zara segera memasuki biliknya untuk membersihkan diri dan solat terlebih dahulu.
“Assalamuailaikum…Yah, oh Yah?”
“Waalaikumussalam…abang dah balik rupanya.”
“Amboi..sedap je awak masak hari ni ? Sapa nak datang rumah?”tanya Encik Ismail bapa kepada Qaseh Izara.
“Abang nak tau tak,anak kita lah balik..siapa lagi. Dah lah tak bagi tau dulu. Katanya nak buat surprise lah,apa lah.Kalau tak boleh jugak abang yang pergi ambil dia kat stesen bas.”beritahu Puan Kamariah kepada suaminya mengenai anak mereka.
Setelah satu jam berada di dalam bilik, Zara keluar dengan hanya berkain batik dan memakai t-shirt sahaja.Beginilah keadaannya kalau berada di rumah. Maklumlah,dia hanya seorang gadis kampung. Zara juga teringat pesan ibunya dahulu.
“Orang perempuan ni walau besar macam mana pun pangkat, tinggi macam mana pun pelajaran, kalau tak reti pakai kain batik buat apa? Nanti kalau dah kahwin dah bersalin duduk dalam pantang macam mana? Tak kan nak pakai seluar kot? Sama lah jugak macam memasak. Tak kan hari-hari nak jamu suami dengan nasi bungkus yang beli kat kedai je.”kata Puan Kamariah suatu ketika dulu kepada anaknya Zara.
“Isyy…terngiang-ngiang betul apa yang ibu pesan dulu. Tapi tak pe..at least aku tau apa pakai kain batik? Memasak pun boleh lah tahan..heheheh…asal la tiba-tiba pulak aku jadi orang perasan ni !!! Zara tersenyum sendiri bila memikirkan apa yang di fikirkan sebentar tadi.”
“Ayah, bila ayah balik ni?”sapa Zara apabila ternampak kelibat ayahnya berada di dapur.
“Baru je lagi Zara.Ni kamu ni kira nya dah habis lah kan belajar dekat Universiti  tu?”tanya ayah.
“Aah ayah, dah habis lah kiranya. Tunggu nak dapat ijazah je lagi. Lepas tu Zara nak kerja nak bantu ayah dengan ibu. Boleh lah ringan kan sikit beban ayah. Lagi pun ayah dah banyak berkorban untuk nak bagi Zara belajar. Sekarang tibalah masa untuk Zara balas jasa ayah dengan ibu.”jawab Zara.
Sekarang lega rasanya hati Zara. Moga-moga keputusan peperiksaan akhir Zara dapat membanggakan ayah dan ibu. Tiada yang lebih bahagia di hati Zara selain melihat ayah dan ibu tersenyum melihat kejayaan Zara. Bisik hati kecil gadis bernama Qaseh Izara.






No comments:

Post a Comment