Monday 11 February 2013

Setia Hujung Nyawa !!!

Assalamualaikum...

Bila sampai je dekat blog aku mesti korang hairan,aku suka sangat tulis pasal novel-novel dan drama-drama. Yang pasti aku ni memang minat giler dengan novel dan drama-drama melayu. Lagi2 bila cerita tu diadaptasi dari novel. 

Okay..sekarang aku nak story sikit la pasal Drama Setia Hujung Nyawa yang ditayangkan dekat TV3 Slot Akasia tu..seriously aku memang minat giler dengan cerita tu. Sampaikan aku masuk contest tentang cerita tu  dr Suhan Movies & Trading..penerbit cerita tu sendiri..Nak tau jawapannya..aku menang tau.. Jawapan yang aku jawab tepat,cepat dan betul. Tapi aku xdapat lah nak share hadiah apa yang aku dapat lagi. Sebabnya aku sendiri pun x tahu.. Suhan xhtr lg hadiah tu dkt rumah..so kita cuma boleh wait and see je la kan.. Kalau korang nak tau..masa episode akhir cerita ni.. Memang aku excited habis, sebab nya aku tak sabar nak tengok ending kisah yang sangat2 romantik dan sweet dari Zain Hakimi & Ersalina Imani. Sweet kan dorang. Nak dijadikan cerita..pagi khamis tu dorg kne temubual di MHI..aku tak dapat tengok..maklumlah..duduk kolej,mana ada tv kan..so aku sanggup tgk dkt utube..sama jugak dgn tengahari dorg di temubual dekat WHI...aku layan dkt uube jgk.. dan last sekali sebelum mula episode akhir aku sempat ber live chat dgn dorang..yang aku happy giler tu..bila dorang perasan soalan yang aku tanya dorg..soalannya berbaur begini..

"Nely study dekat mana?" aku tanya Nelydia Senrose..

"Nely study dekat SEGI Subang..baru semester 3 amik course Psychology". Nely jawab tau..

and then..aku tanya lagi...

"Nely suka baca novel tak?" banyak kali aku taip..xabis2 tekan enter je...akhirnya nely perasan jugak..

"Nely memang suka baca novel pun.. "

Hahahah..excited kan aku ni..pukul 7 tu aku dgn member aku..sanggup turun dekat kafeteria semata-mata nak tengok apa kesudahan cerita ni..so sweet..sangat romantikk..memang drama ni berhantu tau.. Tahniah kepada Suhan Movies kerana menerbitkan drama ni dan tahniah kepada pengarahnya Amie Maziah Abdul Rahman dan tak lupa buat penulis novel ni Fatin Nabila. Tak sangka..episode akhir rating mencecah 4 juta penonton yang menonton episode akhir shj..itu tak termasuk hari-hari sebelumnya. Dah dekat nak sama hebat dengan Adam & Hawa dah tau..


Ni adalah cover drama dia.


Yang ni cover khas utk episode akhir.


Barisan pelakon Setia Hujung Nyawa.


Amar Asyraf & Nelydia Senrose


Cute kan dorang..hye..Zain Hakimi & Ersalina Imani


Zain Minho nak pikat Preity Zinta???


Time ni baru lepas baik..romantik sangat..baju sedondon warna biru. 
Zain & El

Happy Ending!!! Zain surprise kan El dgn candle light dinner yg kononnya nak gi honeymoon dkt Pulau Maldive.


Ni dia cover novel sebenar Setia Hujung Nyawa.
Selamat Membaca!!!

SINOPSIS :

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?


OST SETIA HUJUNG NYAWA :

AdaMU by Najwa Latiff


Sastera Kupu-Kupu by Mimie Haris


Maafkan Aku by Last Minute


Setia Hujung Nyawa by Fiq ft Gjie


Bye2..sampai sini je entry aku untuk hari ni..