Wednesday 10 April 2013

Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita...

Assalamualaikum...


Entry aku harini mungkin akan menjadi entry yang paling terpelik sekali. Sebabnya..tiba-tiba aku teringin nak tulis something yang berkenaan dengan hati dan perasaan. Maybe lah kot. heeee...First sekali aku nak story sikit...seriously..aku adalah seorang penggemar setia novel-novel melayu. Oleh sebab itu, kadang-kadang aku sampai terfikir yang kalau boleh, aku nak jadi macam watak dalam novel tu. 

Bercinta??? Apa itu cinta?

Bila kita mula bercakap soal hati dan perasaan maybe akan terkeluar lah perkataan cinta tu. Skop cinta ni sangat luas. Yelah...banyak definasi tentang cinta ni..iaitu Cinta Kepada Allah dan Cinta Sesama Manusia dgn Manusia.

Cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen....Perasaan boleh datang dan pergi begitu saja...... Cinta tak harus berakhir bahagia.....karena cinta TIDAK harus berakhir.....*puitis nyee aku malam ni..haihh*

Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan....dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran semata-mata.........melainkan dari HATI.

Pedulikan apa orang nak kata..yang penting kita kena jadi diri kita sendiri. Jangan jadi orang lain..nanti dah dikira HIPOKRIT. Jadi diri sendiri lagi bagus kan...am i right? heee.. So....ketika usia aku baru mencecah 20 tahun kalau ikut tahun lah..tapi kalau ikut bulan still lagi 19 tahun..heee..*memang aku sentiasa perasan muda uollss* dan sepanjang usia tu juga la aku tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki..Prinsip aku hanya satu..kalau diizinkan oleh Allah..aku hanya nak bercinta dengan seorang lelaki dan lelaki itu lah yang pertama dan terakhir dalam hidup aku..means di penghujung percintaan tu..ikatan kami akan terikat dalam satu ikatan yang halal dan diredhai oleh Allah. Insya-Allah...

Biar lah orang cakap, aku ni terlalu susah untuk buka pintu hati aku pada seorang lelaki. Tapi hakikatnya..aku rasa aku belum jumpa ciri-ciri lelaki idaman aku. Susah untuk aku percaya pada lelaki. Sebab tu lah sampai sekarang aku still single and available. <---> 

Antara ciri-ciri lelaki idaman aku :

1. Beragama
- Ini adalah antara ciri yang paling penting sekali. Sebab apa..aku hanya mengimpikan seorang lelaki yang boleh jadi imamku suatu hari nanti. Selain itu, dia juga boleh bimbing aku kearah kebaikan iaitu kejalan yang diredhai oleh Allah. Dan orang yang cukup pegangan agamanya tak mudah untuk berbohong..dan mereka sering jujur dalam semua hal. Insya-Allah.

2. Pelindung dan Pembimbing
- Lelaki yang baik adalah lelaki yang sentiasa melindungi wanita dan menghormati hak wanita tersebut. Selain itu, lelaki yg macam ni juga akan sentiasa melindungi kita tatkala kita berada dalam keadaan yg merbahaya dan juga boleh bimbing kita supaya melakukan hal yg baik-baik belaka. Paling penting...lelaki tu mesti lah hormat kita sebagai seorang yang bergelar "GADIS".

3. Romantik
- Perempuan ni..hati diorang lembut dan sangat mudah tersentuh tau. Sebab tu lah ramai perempuan kat luar sana tu yg nak sangat cari boyfriend yg romantik. Lelaki yg romantik ni selalu nya seorang yang prihatin tentang apa yang pasangan mereka suka. Even..benda tu dia tak tahu..tp diorang still cuba utk amik tahu tentang apa yg pasangan mereka suka. Tak perlu lah kot aku terangkan definasi romantik tu dgn terperinci dkt sini..rasanya ramai yg dah tahu...hmmmm...

4. Bijak Bergaya
- Aikk...kenapa benda ni ada dalam list aku???hmm..sebenarnya..aku sangat suka lelaki yang sentiasa berpakaian kemas dan sopan. Bukan perempuan je tau perlu titik beratkan soal ni,tapi lelaki pun perlu jugak jaga imej dorang. Cara pemakaian mestilah ikut perkembangan fesyen terkini..bukan nya berada di takok yg lama. Senang cerita aku sukakan lelaki yg kemas dan berkarisma..

5. Berilmu dan Berpendidikan
- Ilmu tu penyuluh hidup. Sebab tu seseorang tu mestilah berusaha untuk mencari ilmu tu. Dan ilmu juga tak datang bergolek dekat kita kalau kita sendiri taak mencari kan? Pepatah ada menyebut "Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Liang Lahad". So..tanpa ilmu didada..macam mana kita nak mencatur kehidupan kita yg penuh dengan pelbagai dugaan ni? Tanpa ilmu juga, macam mana nak jadi ketua keluarga yg baik kelak.. Tapi jangan salah sangka..berilmu..tak semstinya kita mesti mempunyai segulung PHD baru dikatakan manusia berilmu. Tapi belajarlah dengan apa yg ada disekeliling kamu.

6. Bijak dan Berwawasan 
- Bijak membuat keputusan. Berfikir sebelum bertindak. Ini sangat lah penting sebab apabila dah berkahwin, si isteri hendak lah patuh pada arahan si suami. Dan suami juga perlu bijak membuat keputusan dalam segala hal dalam mencari kebahagiaan rumahtangga dan hidup. Dan perlu mempunyai wawasan yg tinggi untuk memajukan diri pada masa akan datang.

7. Penyayang dan Penyabar
- Sifat penyayang yang semulajadi. Bukan hanya dibuat-buat dan untuk ditunjukkan pada khalayak ramai yee. Dan lelaki yg penyayang mestilah akan menjadi suami yg baik dan penyayang pada anak-anak dia nanti....Dan yg paling penting..lelaki tu bukan jenis yg panas baran dan suka melenting tak tentu pasal. Mereka mestilah mempunyai tahap kesabaran yg tinggi bila berhadapan dengan masalah. Selagi masalah tu boleh diselesaikan..selagi tu kita boleh berfikir secara rasional.

8. Berkerjaya yang stabil
- Bukan memilih. Tapi seorang lelaki mestilah mempunyai kerjaya yang tetap bagi menjamin masa depan isteri dan anak-anak kelak. Jika tak mempunyai kerjaya yang tetap...macam mana nak bagi makan isteri dan anak. Sometimes..benda macam ni lah yg kita perlu titik beratkan dalam kehidupan. Zaman sekarang, tanpa duit kita mungkin tak boleh hidup. Sebabnya dalam dunia ni..semuanya DUIT,DUIT,DUIT.. even nak masuk toilet pon kena bayar 0.20 sen kan?

9. Hormat orang tua dan bersopan-santun
- Yang ini pun penting jugak tau. Kalau dia tak pandai nak hormat parents kita. Agak-agaknya..dia boleh ke jadi ngam dgn parents kita. So sifat tu memang wajib ada lah bagi seorang lelaki. Hormat menghormati tu sangat penting.

10. Pendengar yang setia dan pemberi nasihat yang baik
- Mereka ni mesti sentiasa jadi pendengar yang baik apabila kita dilanda masalah. Dan mereka juga mestilah sering menasihati kita dalam melakukan sesuatu yg mungkin akan memudarat kan hidup kita. Bukan cuma dengar..then biar kan je apa yg berlaku. Itu bukan lah ciri-ciri pendengar yang baik.

Okay..that all untuk hari ni..ini cuma impian sahaja. Aku sebagai hambanya hanya mampu memohon dan berdoa kepada-Nya supaya Allah tu kurniakan aku jodoh yang baik-baik suatu hari nanti.. Insya-Allah..Aminnn..

Assalamualaikum...<____> :p

4 comments:

  1. Siapa yang taknak lelaki macam ni :p Semoga kita dapat satu. hihi

    ReplyDelete
  2. hahahah...mudah-mudahan..Insya-Allah..btw...ni semua hasil tulisan aku sendiri tau..bkn ciplak dr mne2 page..hahahah

    ReplyDelete
  3. Insyallah. Lelaki yang didambakan seperti di atas pasti wujud. :D

    Perkongsian: Adakah lelaki idaman wanita wujud?

    ReplyDelete