Tuesday 23 April 2013

Syukur..Alhamdulillah.. :)

Assalamualaikum...

Hye...dah nak dekat seminggu rasanya aku tak buat entry baru kan? So arini adalah lapang sikit..sebab kelas ade gap dalam masa sejam ni.. So aku peruntukkan untuk update blog aku ni. Alhamdulillah..dengan izin Allah, akhirnya aku selesai juga menjawab ujian lisan Bahasa Arab. Soalan dia..hmmm..nak kata susah tu tak lah..tapi Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan aku menjawab semua soalan dari Ustazah..cuma sedikit nervous la..yela..siapa lah tak nervous kan nak jawab soalan dia. Total soalan yang aku dapat tadi adalah 8 soalan...laju juga lah tadi aku jawab..sebab tu dapat soalan banyak kot...heheheh...

Itu pon tadi aku hampir tersasul uolls time nak jawab semua soalan dari ustazah..Ustazah pulak boleh nak gelakkan aku..haihh..*ustazah ni..saya tengah nervous ni..jangan lah gelak*

Okay jela..sampai disini je entry aku untuk harini..bye... :) See u next entry okayyyy....

Wednesday 10 April 2013

Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita...

Assalamualaikum...


Entry aku harini mungkin akan menjadi entry yang paling terpelik sekali. Sebabnya..tiba-tiba aku teringin nak tulis something yang berkenaan dengan hati dan perasaan. Maybe lah kot. heeee...First sekali aku nak story sikit...seriously..aku adalah seorang penggemar setia novel-novel melayu. Oleh sebab itu, kadang-kadang aku sampai terfikir yang kalau boleh, aku nak jadi macam watak dalam novel tu. 

Bercinta??? Apa itu cinta?

Bila kita mula bercakap soal hati dan perasaan maybe akan terkeluar lah perkataan cinta tu. Skop cinta ni sangat luas. Yelah...banyak definasi tentang cinta ni..iaitu Cinta Kepada Allah dan Cinta Sesama Manusia dgn Manusia.

Cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen....Perasaan boleh datang dan pergi begitu saja...... Cinta tak harus berakhir bahagia.....karena cinta TIDAK harus berakhir.....*puitis nyee aku malam ni..haihh*

Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan....dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran semata-mata.........melainkan dari HATI.

Pedulikan apa orang nak kata..yang penting kita kena jadi diri kita sendiri. Jangan jadi orang lain..nanti dah dikira HIPOKRIT. Jadi diri sendiri lagi bagus kan...am i right? heee.. So....ketika usia aku baru mencecah 20 tahun kalau ikut tahun lah..tapi kalau ikut bulan still lagi 19 tahun..heee..*memang aku sentiasa perasan muda uollss* dan sepanjang usia tu juga la aku tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki..Prinsip aku hanya satu..kalau diizinkan oleh Allah..aku hanya nak bercinta dengan seorang lelaki dan lelaki itu lah yang pertama dan terakhir dalam hidup aku..means di penghujung percintaan tu..ikatan kami akan terikat dalam satu ikatan yang halal dan diredhai oleh Allah. Insya-Allah...

Biar lah orang cakap, aku ni terlalu susah untuk buka pintu hati aku pada seorang lelaki. Tapi hakikatnya..aku rasa aku belum jumpa ciri-ciri lelaki idaman aku. Susah untuk aku percaya pada lelaki. Sebab tu lah sampai sekarang aku still single and available. <---> 

Antara ciri-ciri lelaki idaman aku :

1. Beragama
- Ini adalah antara ciri yang paling penting sekali. Sebab apa..aku hanya mengimpikan seorang lelaki yang boleh jadi imamku suatu hari nanti. Selain itu, dia juga boleh bimbing aku kearah kebaikan iaitu kejalan yang diredhai oleh Allah. Dan orang yang cukup pegangan agamanya tak mudah untuk berbohong..dan mereka sering jujur dalam semua hal. Insya-Allah.

2. Pelindung dan Pembimbing
- Lelaki yang baik adalah lelaki yang sentiasa melindungi wanita dan menghormati hak wanita tersebut. Selain itu, lelaki yg macam ni juga akan sentiasa melindungi kita tatkala kita berada dalam keadaan yg merbahaya dan juga boleh bimbing kita supaya melakukan hal yg baik-baik belaka. Paling penting...lelaki tu mesti lah hormat kita sebagai seorang yang bergelar "GADIS".

3. Romantik
- Perempuan ni..hati diorang lembut dan sangat mudah tersentuh tau. Sebab tu lah ramai perempuan kat luar sana tu yg nak sangat cari boyfriend yg romantik. Lelaki yg romantik ni selalu nya seorang yang prihatin tentang apa yang pasangan mereka suka. Even..benda tu dia tak tahu..tp diorang still cuba utk amik tahu tentang apa yg pasangan mereka suka. Tak perlu lah kot aku terangkan definasi romantik tu dgn terperinci dkt sini..rasanya ramai yg dah tahu...hmmmm...

4. Bijak Bergaya
- Aikk...kenapa benda ni ada dalam list aku???hmm..sebenarnya..aku sangat suka lelaki yang sentiasa berpakaian kemas dan sopan. Bukan perempuan je tau perlu titik beratkan soal ni,tapi lelaki pun perlu jugak jaga imej dorang. Cara pemakaian mestilah ikut perkembangan fesyen terkini..bukan nya berada di takok yg lama. Senang cerita aku sukakan lelaki yg kemas dan berkarisma..

5. Berilmu dan Berpendidikan
- Ilmu tu penyuluh hidup. Sebab tu seseorang tu mestilah berusaha untuk mencari ilmu tu. Dan ilmu juga tak datang bergolek dekat kita kalau kita sendiri taak mencari kan? Pepatah ada menyebut "Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Liang Lahad". So..tanpa ilmu didada..macam mana kita nak mencatur kehidupan kita yg penuh dengan pelbagai dugaan ni? Tanpa ilmu juga, macam mana nak jadi ketua keluarga yg baik kelak.. Tapi jangan salah sangka..berilmu..tak semstinya kita mesti mempunyai segulung PHD baru dikatakan manusia berilmu. Tapi belajarlah dengan apa yg ada disekeliling kamu.

6. Bijak dan Berwawasan 
- Bijak membuat keputusan. Berfikir sebelum bertindak. Ini sangat lah penting sebab apabila dah berkahwin, si isteri hendak lah patuh pada arahan si suami. Dan suami juga perlu bijak membuat keputusan dalam segala hal dalam mencari kebahagiaan rumahtangga dan hidup. Dan perlu mempunyai wawasan yg tinggi untuk memajukan diri pada masa akan datang.

7. Penyayang dan Penyabar
- Sifat penyayang yang semulajadi. Bukan hanya dibuat-buat dan untuk ditunjukkan pada khalayak ramai yee. Dan lelaki yg penyayang mestilah akan menjadi suami yg baik dan penyayang pada anak-anak dia nanti....Dan yg paling penting..lelaki tu bukan jenis yg panas baran dan suka melenting tak tentu pasal. Mereka mestilah mempunyai tahap kesabaran yg tinggi bila berhadapan dengan masalah. Selagi masalah tu boleh diselesaikan..selagi tu kita boleh berfikir secara rasional.

8. Berkerjaya yang stabil
- Bukan memilih. Tapi seorang lelaki mestilah mempunyai kerjaya yang tetap bagi menjamin masa depan isteri dan anak-anak kelak. Jika tak mempunyai kerjaya yang tetap...macam mana nak bagi makan isteri dan anak. Sometimes..benda macam ni lah yg kita perlu titik beratkan dalam kehidupan. Zaman sekarang, tanpa duit kita mungkin tak boleh hidup. Sebabnya dalam dunia ni..semuanya DUIT,DUIT,DUIT.. even nak masuk toilet pon kena bayar 0.20 sen kan?

9. Hormat orang tua dan bersopan-santun
- Yang ini pun penting jugak tau. Kalau dia tak pandai nak hormat parents kita. Agak-agaknya..dia boleh ke jadi ngam dgn parents kita. So sifat tu memang wajib ada lah bagi seorang lelaki. Hormat menghormati tu sangat penting.

10. Pendengar yang setia dan pemberi nasihat yang baik
- Mereka ni mesti sentiasa jadi pendengar yang baik apabila kita dilanda masalah. Dan mereka juga mestilah sering menasihati kita dalam melakukan sesuatu yg mungkin akan memudarat kan hidup kita. Bukan cuma dengar..then biar kan je apa yg berlaku. Itu bukan lah ciri-ciri pendengar yang baik.

Okay..that all untuk hari ni..ini cuma impian sahaja. Aku sebagai hambanya hanya mampu memohon dan berdoa kepada-Nya supaya Allah tu kurniakan aku jodoh yang baik-baik suatu hari nanti.. Insya-Allah..Aminnn..

Assalamualaikum...<____> :p

Wednesday 3 April 2013

The End....SSID !!!

Assalamualaikum...


Akhirnya...setelah seminggu aku baca novel SSID..akhirnya sampai juga ke penghujungnya. Seriously...novel ni memang best giler lah bagi aku. Tak sia2 juga lah baca. Tapi tu lah kan...memandangkan aku busy dengan study lagi..mana sempat sangat nak spend time mengadap novel macam setiap kali yg aku buat setiap kali cuti sem tu. Sekarang ni..kalau ada masa lapang baru aku akan baca. Kalau tak..memang tunggu time semester break jela...hmmmm..boring jugak bila kita tak ada apa nak buat ..sebab novel dah habis baca...hmmm..sob..sob..

So sampai sini je kut entry aku untuk hari ni..so...see u next time...nak mandi pulak ni..nak gi kelas mengaji pukul 8.30..maklumlah..tugas sebagai seorang pelajar menghalang aku daripada duduk bersenang lenang dalam bilik..okay bye.... :p

Tuesday 2 April 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia!

Hyeeee..hello and assalamualaikum..

Lama kan saya tak update blog ni..so harini saya tgh free..so kita update lah ehh...asal jumpa je blog aku ni..asyik2 org akan fikir..ni kompem minah drama ni..u know why,every drama series..yg berkaitan adaptasi dari novel sume aku update..so..skrg aku nak update lah sikit pasal cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia!

Mayyygodd...tak sangka hero dia Izzue Islam yg pgg watak Firash Arshad..ohhh nooo...cairr aku setiap kali tgk dia..mmg sesuai sgt Izzue dgn Firash..Tiz sbg Syafa Aqira.


Ni cover novel dia.


Sinopsis novel SSID..

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


So sweet kan??? Firash nak mengorat Syaf.. :p


Sama padan...sesuai sangat..

So...selamat menoton SSID di Slot Zehra TV3 Setiap Jumaat jam 9.00 Malam.

Izzue Islam - Firash Arshad
Tiz Zaqyah - Syafa Aqira
Qi Razali - Haqimy
Uqasha Senrose - Raina
Azlee Khairi - Raimy

Dan banyak lagi...Selamat Menonton.. :) Bye..see u next time..bye..