Monday 21 January 2013

Sehangat Asmara..

Assalamualaikum...

Hye..harini aku just nak promote drama terbaru yang menggantikan drama Adam & Hawa. Drama yang telah mencetuskan fonomena tu..Hopefully drama Sehangat Asmara ni pun akan dapat tandingi drama Adam & Hawa sebabnya..dua-dua buah novel ni hasil karya penulis yang sangat terkenal iaitu Aisya Sofea..jangan lupa saksikan drama Sehangat Asmara mulai 21 Jan 2013 ni..iaitu malam ni lah pukul 10 malam dekat mustikaHD.. :)


Sinopsis


Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. 

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....




Ini dia novel Sehangat Asmara.Cover baru ni cantik sikit berbanding yang lama.


Adi Putra (Zainal Arief) & Rita Rudaini (Kamilia Najwa) sebagai tonggak utama dalam drama ni.


Jangan lupa saksikan Sehangat Asmara setiap hari Isnin-Rabu jam 10.00 malam bermula 21 Jan 2013 hanya di saluran Astro 134 MustikaHD.

Ost Sehangat Asmara :

Ratuku 2013 - Awie feat Adira





Friday 11 January 2013

Finale Adam & Hawa.

Assalamualaikum..

Why,why,why...apasal lah final adam dan hawa time hari first aku daftar sem 4 kat kolej..so xdpt tgk..dpt tgk on9 jela..Ya Allah..tidak terkata dan terucap dengan kata-kata apabila akhirnya cerita ni sampai ke penghujungnya. Alhamdullillah..

Tahniah kepada semua pelakon yg menjayakan adam dan hawa terutamanya hero dan heroin cerita ni sendiri iaitu Aaron Aziz & Nadiya Nissa...sangat serasi. Malam tadi mmg jd trending pasal ending adam dan hawa baik dekat facebook atau twitter..aku sengaja tak online time tu..sakit hati sbb xdpt tgk live pada pukul 10 mlm kt mustikaHD mcm selalu..apa2 pun..harap2 akan ada sambungan adam dan hawa 2..drama terbaik astro...tak pernah astro punya citer yg best macam ni.. :) So teruskan menyokong industri filem,drama dan novel tempatan.. GO MALAYSIA!!!


Tuesday 8 January 2013

Sahabat.. :)

Assalamualaikum...

Korang semua pernah dengar lagu najwa latiff ft sleeq & syamkamarul??? Kalau pernah dga tu..bagus la...actually entry arini sekadar suka suki sebab nya tuan punya blog ni tengah bosan tahap kririkal..tapi bila terdengar lagu ni di corong radio..terasa nak buat entry baru..
Hahahah..kadang-kadang sampai tak tahu nak tulis apa..tapi hari ni..ade idea sikit..terutamanya hubungan persahabatan. Sahabat ni adalah seorang kawan yg amat rapat dengan kita selain family kita lah. Dia ni lah tempat kita mengadu masalah lah..Dan sahabat juga adalah orang yang paling kita percaya dan akan terus simpan rahsia kita sampai bila-bila.. sahabat saya adalah... Suraya Misrani, Salwaty Kamaruddin, Sara Azlan dan yg terbaru Hani Azam..sebab saya senang berkawan dgn dia..jom layan kita layan lagu sahabat ni..moga anda semua terhibur.. : ) Dengar lirik dia baik2 ye...



Tuesday 1 January 2013

Happy New Year 2013!!

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru 2013 aku ucapkan kepada semua sahabat2 ku..hmm...aku harap 2013 adalah tahun yang lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ni.. Moga aku akan perolehi kejayaan di dunia dan di akhirat kelak suatu hari nanti.
Pejam celik pejam celik..aku dah nak masuk semester 4..cuti pon dah tinggal lagi seminggu je lg..so..dengan azam yg baru aku akan cuba sedaya upayaa aku untuk terus capai impian aku mncapai kejayaan dalam pelajaran.Rasa kecewa memang ada..tipu kalau aku kata tak ada langsung. Tapi sebenarnya rasa kecewa itu lah yg kadangkala mematangkan fikiran dan semangat kita untuk terus berusaha dan usaha sehingga kita dapat capai apa yg kita mahukan dalam hidup ni. Aku juga harap, tahun 2013 akan membawa aku ke satu fasa yg lebih mematangkan diri aku..Al maklum lah..tahun ni aku dah mencecah umur 20 tahun. Dah masuk zaman 20-an..bukan lagi belasan tahun wahai sahabat2 ku. hehehe...
Lagi satu..sorry lah...aku tak sempat siapkan novel aku lagi time cuti sem ni..sibuk membaca novel org sampai terlupa nk siapkan novel karya sendiri..

Okay..later aku post entry lagi k..bye..assalamualaikum.. :)