Monday 2 June 2014

13 Jam A380 by Evelyn Rose .

Assalamualaikum....


2th June 2014 pada pukul 00.00 a.m.. Tamat sudah diri ini menerokai novel 13 Jam A380 karya Evelyn Rose almost 2 weeks baru saya dapat habiskan, maklumlah...kekangan masa membuatkan diri rasa tidak sempat untuk menelaah novel ini selepas waktu bekerja. Hanya weekend ianya menjadi peneman saya sepanjang hari. Entry malam ni khas buat semua peminat novel karya Evelyn Rose..



Cover novel 13 Jam A380..

Sinopsis :

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah  mimpi  akan  kekal  sebagai  mimpi  setelah  waktu  berlalu  dan  hari  berganti?
Done Sinopsis !!!

Okay, let's start our topic about some review from 13 Jam A380...Just wanna to say...this is very-very awesome novel. Bukan novel cinta semata-mata, tapi bila saya membaca, saya dapat banyak sangat ilmu pengetahua. Penuh dengan pengajaran, dan hadis Rasulallah. Trust me, sesiapa yang baca novel ni, mesti korang akan dapat something new...novel ni akan buat korang betul-betul fall in love dengan Islam. "Agama Islam".
Hana Sofea, seorang gadis berumur 25 tahun yang ingin menyambung pelajarannya ke peringkat PhD di University Of Surrey, London. Pada permulaan cerita, kita akan nampak maybe dia sedikit cetek dalam nilai-nilai keagamaan pabila bab bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim hanya dipandang ringan olehnya. 3 tahun memendam rasa sayang,cinta terhadap seorang lelaki bernama Syed Haydar Syed Nazim. 13 Jam dalam pesawat MAS A380 telah pertemukan Hana dan Syed Haydar. Seolah-olah impian menjadi kenyataan bila Hana duduk di sebelah seorang lelaki yang menjadi idamannya selama ini. Menjadi kekasih dikayangan hanya untuk 4 jam sebelum tayar pesawat mencecah lantai bumi. Semuanya indah pada mata Hana Sofea, menggembara didalam cabin bersama Haydar, menari tango bersama dan merasai enaknya Caramel Latte bersama..tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Let's start again"...."Hai, saya Hana Sofea. Used to be a manager and also a share partner at H's Cafe, and will become a PhD student at University of Surrey'".
"Hai, saya Syed Haydar. Used to be a flight attendant at Ryan Air and MAS. An artist in London and now working at Nazim Construction as a CEO."
Ni adalah salah satu petikan dari novel pabila perkenalan mereka.. Siapa sangka takdir Allah bila Hana bertemu dengan keluarga Fawwaz Husaini. Emmel anak angkat Fawwaz menganggap Hana adalah mommy nya..Hari demi hari, dikota London, Hana duduk dengan family Fawwaz..nenek dan Fido adik Fawwaz. Menjadi ibu kepada Emmel merupakan satu anugerah terindah buat diri Hana. Lama kelamaan, Hana berubah dengan mula mendalami ilmu agama Islam,mula memakai hijab setelah berjumpa dengan Linda dan Halena. Mereka telah membuka mata Hana mengenai Islam bukan hanya terletak mata nama semata-mata. Tapi Islam mesti difahami. Hana mula berubah sedikit demi sedikit.. Hati ini mula sebak bila Samuel iaitu golongan ateis menyebut "Lailahaillallah, Muhammad Rasulallah"...benar lah orang cakap, hidayah itu milik Allah swt..Hanya dengan memahami sepenuhnya mengenai Islam, Samuel yang pada mulanya seorang yang tidak percayakan Tuhan akhirnya memeluk agama Islam.
 Tatkala Hana dan Fawwaz sudah berjanji untuk berkahwin, muncul Haydar datang menagih cinta terhadap Hana. Tatkala itu, hati Hana bagai tertutup rapat untuk Haydar dan menganggap hanya Fawwaz yang boleh membimbingnya ke jalan yang betul. Menjadi imamnya kelak. Tapi...siapa sangka...takdir Allah juga telah menyatukan kembali Syed Haydar dan Hana Sofea.
Fawwaz seorang lelaki yang terlalu-lalu suci...bertentang mata, bersentuhan dengan wanita bukan muhrim apatah lagi..layak kah Hana Sofea mendampingi lelaki sesuci itu. Segalanya terungkai pabila Haydar memaparkan aksi 13 Jam mereka kepada tontonan umum sewaktu perasmian Sky Cafe. Fawwaz tertekan lalu menuduh Hana dan Haydar pernah melakukan dosa. Terima takdir Allah, mungkin Fawwaz need someone more better than Hana. Almas Iman...akhirnya pilihan Fawwaz...anak kepada tuan guru Sheikh.
Dalam terpaksa, Hana menerima pinangan Haydar hanya untuk mendapatkan hak sahamnya kedalam H's Cafe yang pemegang utama nya sekarang ialah Haydar. Haydar berjanji akan menyerahkan segalanya apabila mereka sah sebagai suami isteri. Malam pertama perkahwinan, selepas urusan penandatanganan selesai. Hana pergi membawa diri ke India. Menjauhkan diri dari Haydar...tapi siapa sangka, dipertengahan jalan. Hana sedar tindakannya salah pabila mendengar nasihat Linda mengenai ikatan perkahwinan itu bukan perkara mainan. Malah, Jodoh,ajal dan maut semuanya ditangan Allah. Percaya akan Qada' dan Qadar Allah. Hana sedar akan kesilapanya lalu pasrah jika jodohnya kuat bersama Haydar, Allah akan temukannya dengan Haydar seperti mana mereka bertemu tiga tahun lepas. 
Akhirnya.....Haydar muncul dan Hana redha akan ketentuanya bahawa Allah sudah menetapkan yang jodohnya ialah Syed Haydar Syed Nazim. Berkat kasih sayang dan cinta mereka Syarifah Husna Huri lahir melihat dunia.... 
.....dan Dialah yang mengetahui jiwa setiap hamba-Nya..

The End...
p/s : Entry kali ni more kpd review hasil pembacaan novel ini...maaf andai kata gaya bahasa kurang memuaskan..badan letih...idea kurang menjelma di sanubari ini... :) Selamat Membaca. Jangan LUPA DAPAT KAN NOVEL 13 JAM A380 BY EVELYN ROSE. :)



No comments:

Post a Comment