Wednesday 18 December 2013

BAB 2 : TAK PAKSA...MAKA TAK CINTA

BAB : 2

Hari yang dinanti-nantikan muncul jua. Pada tarikh 18 September 2011 adalah hari yang paling bahagia buat seluruh family ku. Ayah, nampak bergaya daripada biasa apabila mengenakan baju kemeja batik, manakala ibu pula memakai baju kurung pesak gantung warna sedondon dengan ayah. Amboi ayah mengalah kan YB…hahahahah…!!! Maklumlah pergi majlis konvokesyen, mestilah nak bergaya sakan kan? Lagi-lagi bila nak tengok satu-satunya anak perempuan tunggal mereka naik di atas pentas menerima segulung ijazah. Abang Long dengan Kak Long tak sampai-sampai lagi. Mana lah agaknya dia orang pergi. Maklum lah, sejak beristeri ni mestilah pergi dengan isteri kan. Takkan nak pergi sorang-sorang pulak. Heheheheh……Oppss…sebelum aku terlupa Majlis Konvokesyen ni pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) buat majlis ni dekat kampus HQ lah..dekat Shah Alam.
“Ha,abang ! Kenapa lambat? Lama tau Zara tunggu..ni tengok ni dah cair dah make up!! ”beritahu Zara kepada abang nya sambil menuding jari ke mukanya sendiri.
“Ala…adik abang ni,tak menyempat-nyempat.Bukan nya sampai turn adik lagi pun. By the way, sorry abang lewat sampai sebab tadi jalan jammed sikit.”kata abang Kamal kepada adiknya Qaseh Izara. Tatkala itu terlihat muka Zara tersengih sambil menayangkan giginya yang putih bersih itu kepada abangnya mengiakan kata-kata abangnya itu.
Alhamdullillah, akhirnya dapat jugak Zara genggam segulung ijazah.Memang menjadi impian Zara sejak dari dulu lagi. Lepas ni, insya-ALLAH..kalau diberi peluang dan ada rezeki, teringin jugak nak sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Saat ini Zara hanya dapat berdoa moga-moga tercapailah impiannya itu.
Sekarang bermula lah aktiviti harian Zara  iaitu setiap hari wajib beli paper. Sebab nya, Zara sekarang sudah mula mencari lubang-lubang pekerjaan. Sekarang ni, graduan-graduan tak boleh lah nak memilih sangat nak kerja.Walaupun kita ada kelulusan yang sepatutnya. Kerja zaman sekarang ni memang susah nak dapat. Tak boleh lah nak dapat kerja yang sama yang kita belajar dulu. Kalau dapat bagi Zara ia dah cukup bermakna baginya. Sekurang-kurangnya dapat juga dia meringankan sedikit beban ayahnya, kalau tak maybe dah bukan rezeki. Nak buat macam mana.
Selesai sahaja makan tengahari bersama ibu dan ayah, Zara segera masuk ke dalam bilik dan on laptop nya. Apa lagi cek email lah, kot-kot ada orang terima dia bekerja ke. Siapa tahu kan.

“Tahniah,Cik dijemput hadir ke sesi temuduga di Neraca Holdings pada hari dan masa yang telah di tetapkan seperti dibawah:

HARI : ISNIN
MASA:9.00 A.M-1.00 P.M
TEMPAT: NERACA HOLDINGS JALAN TUN DR.ISMAIL, KUALA LUMPUR.

“Ibu, ayah…Zara kena panggil temuduga kerja dekat KL.”beritahu Zara kepada kedua orang tuanya.
“Alhamdullillah, ibu doakan Zara berjaya dapat kerja tu, haa..ni bila Zara nak pergi KL ni?”
“Zara ingat mungkin Zara pergi esok kot bu, Zara ingat nak tumpang rumah Sara semalam, yela..kan dia duduk kat KL.Pagi tu boleh minta dia yang tolong hantar kan Zara pergi kat tempat yang Zara nak interview tu.”
Okay lah ibu, Zara nak masuk bilik kejap nak call Sara, nak bagi tahu yang Zara nak datang KL.”
“Yelah tu, pergilah telefon Sara tu, janji betul-betul dengan dia. Ibu risau jugak Zara nak pergi sana naik bas sorang-sorang.”
Okay-okay…bereh bu, don’t worry lah.

Sampai saja di dalam bilik, Zara terus mencapai telefon bimbitnya dan segera mendail nombor Sara.
Tutt, tutt ,tutt, tutt…
Isyy..lambat lah pulak minah ni nak angkat phone dia.”
Hello..Assalamualaikum Sara, lambat nya kau angkat phone? Mana kau pergi hah? Ni tak salah aku bergayut lah ni dengan boyfriend..sampai aku call pun tak dengar.”bebel Zara.
“Waalaikumussalam..dah-dah…jangan nak membebel kat aku lah Cik Zara oii…sakit telinga aku dengar, sedap nya kau tuduh aku eh..actually aku sakit perut la,aku lambat angkat call kau pun sebab aku kat toilet.”
“La yeke? Alamak..sorry la, aku main tuduh je kau. hehehehe…..”
“Ala tak pe..aku dah tahu dah peel kau  macam mana,ha ni asal calling-calling aku ni?”
“Ni lah aku nak cerita dengan kau ni, sebenarnya aku kena panggil interview dekat Neraca Holdings, kau tahu tak tempat tu dekat mana? Kalau kau tahu, aku ingat nak minta tolong kau hantar aku ke sana hari Isnin ni boleh?”pesan Zara kepada Sara.
“Tak silap aku lah, aku pernah lalu area situ.Nanti aku tolong hantarkan kau. Kau bila nak gerak dari kampung kau untuk datang sini?”
“Besok pagi aku gerak lah, and aku ingat nak tumpang tinggal dekat rumah kau dalam sehari dua boleh ke?”
“Isy, apa pulak tak boleh nya,mesti lah boleh. Esok kalau kau dah sampai KL jangan lupa call aku. Nanti boleh lah aku datang jemput kau kat Puduraya.”
Okay..thanks Sara.Nanti apa-apa hal aku inform kau eh. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”talian segera dimatikan oleh Zara setelah memberi salam.
Tara guna punya kawan, laju je letak phone. Nak save prepaid lah tu.”bising Sara.


Keesokan harinya, aku sudah bersiap-siap hendak pergi ke Kuala Lumpur. Ibu, siap sediakan sarapan nasi lemak lagi pagi-pagi ni. Takut kalau-kalau aku lambat sampai rumah Sara, tak ada lah perut ni lapar sangat. Nak buat macam mana, nama pun seorang ibu kan? Mesti lah dia sentiasa take care dengan aku. Ewah-ewah..dah macam iklan Garniear pulak.
“Pergi sana, ingat pesan ibu ye..jaga diri tu baik-baik. Awak tu perempuan. Kalau jumpa orang-orang yang tak kenal ajak tumpang, jangan ikut. Kot-kot orang tu ada niat jahat kat kita, siapa tahu. Tunggu kat stesan bas tu sampai Sara datang jemput Zara tau!!”pesan Ibu seolah-olah aku ni berumur 10 tahun,padahal aku dah 25 tahun.
Nak buat macam mana,aku seorang lah anak perempuan tunggal mereka. Mestilah mereka risau. Sementara tunggu teksi nak datang jemput ni, baik dengar nasihat-nasihat ibu betul-betul.
“Insya-ALLAH bu, Zara akan ingat semua pesan ibu tu. Doakan Zara dapat kerja tu ye bu.”balas Zara kepada ibunya.
“Insya-ALLAH Zara, ibu sentiasa doakan Zara tak kira lah kat mana Zara berada.”

Setelah itu, aku terus tunduk untuk mengucup kedua-dua belah tangan ibu dan ayah sebelum berangkat ke Kuala Lumpur menaiki teksi sampai ke Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor. Kemudian aku terus menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur.




“Assalamuailaikum Sara, aku ni Zara.Aku dah sampai dekat Puduraya. Kau dekat mana?”
“Waalaikummusalam, aku dekat belakang kau ni, kau tak nampak ke?”
What!!! Belakang aku? Kau biar betik?”
“Yela..cuba kau toleh belakang kejap.”
“La, kau dah lama ke sampai sini?”tanya Zara kepada sahabatnya itu.
“Tak jugak sebenarnya, tadi time kau call aku tu, aku baru je sampai sini, lepas tu aku terus lah cari-cari kau. Tak sangka jugak, cepat aku jumpa.”

Setelah melalui kesibukan jalan raya,akhirnya aku sampai jugak rumah si Sara ni. Boleh tahan besar jugak rumah Sara ni. Patut lah, parents dia tak kisah sangat dia tak kerja lagi. Rupanya dia ni dalam golongan anak orang-orang berada jugak. Tak macam aku,hidup aku dan family aku hanyalah berlandaskan kesederhanaan. Cukup untuk makan,pakai dan pelajaran itu dah memadai bagi aku sebagai seorang anak. Kalau boleh,suatu hari nanti aku nak balas budi kedua orang tuaku. Moga-moga ALLAH merestui niatku datang ke sini untuk mencari kerja. Amin.

“Zara,ni bilik kau, kat sebelah bilik kau tu bilik aku. Kalau kau ada apa-apa problem sepanjang kau berada dekat sini,kau panggil je aku. Kalau kau nak pergi mandi, toilet pun ada dalam bilik ni. Kau tak payah lah susah turun bawah nak guna toilet bawah.”
“Sara, aku tak tahu macam mana nak balas budi baik kau selama ni dekat aku. Segala-galanya keperluan aku dekat sini kau sediakan. Malu pulak aku dekat parents kau. Nanti apa pulak kata mereka.”kata Zara kepada Sara.
“Ya-ALLAH Zara, jangan lah kau cakap macam tu, aku tolong kau ikhlas. Tak terlintas dekat fikiran aku pun nak minta balasan. Cuma aku harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Itu je harapan aku. Aku dah anggap kau macam saudara aku sendiri tau. So kau janganlah segan-segan. Buat je rumah ni macam rumah kau sendiri. Mummy dengan Daddy aku tak kisah.”

Sara, terlalu banyak yang telah kau berikan kepadaku, tak terbalas rasanya budi baik kau yang telah kau taburkan kepadaku. Hanya ALLAH sahaja yang dapat balas budi kau terhadap aku ni.

Thanks Sara.”
“You’re welcome Zara, dah-dah tak payah lah nak emo-emo sangat . Esok pukul 8.00 pagi aku hantar kau pergi tempat yang kau nak interview tu okay!”
Okay.”






























No comments:

Post a Comment