Assalamualaikum....
Lama betul sy tak update blog ni..patot lah dah berhabuk sakan..ishhh ishh ishhh....
So entry pagi ni sekadar cerita kosong dan nak citerr kt uolls sume ni yg iolls dah nak abis buat intern ni dekat Zuellig Pharma (M) Sdn Bhd.
Actually nk story panjang lagi..sebab aku klo dah mood menulis ni sampai..memang berjela-jela la post kan..tapi apakah daya bila kena siapkan final report..okay lah..bye..
see uolls next time with the next entry.. Insya Allah...btw...terimalah.. Salahkah : Hafiz ft Rossa :p
p/s : Entry merapu meraban...lol
Saturday, 5 April 2014
Wednesday, 18 December 2013
BAB 2 : TAK PAKSA...MAKA TAK CINTA
BAB
: 2
Hari yang dinanti-nantikan muncul jua. Pada
tarikh 18 September 2011 adalah hari yang paling bahagia buat seluruh family ku. Ayah, nampak bergaya
daripada biasa apabila mengenakan baju kemeja batik, manakala ibu pula memakai
baju kurung pesak gantung warna sedondon dengan ayah. Amboi ayah mengalah kan
YB…hahahahah…!!! Maklumlah pergi majlis konvokesyen, mestilah nak
bergaya sakan kan? Lagi-lagi bila nak tengok satu-satunya anak perempuan
tunggal mereka naik di atas pentas menerima segulung ijazah. Abang Long dengan
Kak Long tak sampai-sampai lagi. Mana lah agaknya dia orang pergi. Maklum lah, sejak
beristeri ni mestilah pergi dengan isteri kan. Takkan nak pergi sorang-sorang
pulak. Heheheheh……Oppss…sebelum aku terlupa Majlis Konvokesyen ni pihak
Universiti Teknologi Mara (UiTM) buat majlis ni dekat kampus HQ lah..dekat Shah
Alam.
“Ha,abang ! Kenapa lambat? Lama tau Zara
tunggu..ni tengok ni dah cair dah make up!!
”beritahu Zara kepada abang nya sambil menuding jari ke mukanya sendiri.
“Ala…adik abang ni,tak
menyempat-nyempat.Bukan nya sampai turn
adik lagi pun. By the way, sorry abang lewat sampai sebab tadi
jalan jammed sikit.”kata abang Kamal
kepada adiknya Qaseh Izara. Tatkala itu terlihat muka Zara tersengih sambil
menayangkan giginya yang putih bersih itu kepada abangnya mengiakan kata-kata
abangnya itu.
Alhamdullillah, akhirnya dapat jugak
Zara genggam segulung ijazah.Memang menjadi impian Zara sejak dari dulu lagi. Lepas
ni, insya-ALLAH..kalau diberi peluang dan ada rezeki, teringin jugak nak
sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Saat ini Zara hanya dapat berdoa moga-moga
tercapailah impiannya itu.
Sekarang bermula lah aktiviti harian
Zara iaitu setiap hari wajib beli paper. Sebab nya, Zara sekarang sudah
mula mencari lubang-lubang pekerjaan. Sekarang ni, graduan-graduan tak boleh
lah nak memilih sangat nak kerja.Walaupun kita ada kelulusan yang sepatutnya. Kerja
zaman sekarang ni memang susah nak dapat. Tak boleh lah nak dapat kerja yang
sama yang kita belajar dulu. Kalau dapat bagi Zara ia dah cukup bermakna
baginya. Sekurang-kurangnya dapat juga dia meringankan sedikit beban ayahnya, kalau
tak maybe dah bukan rezeki. Nak buat
macam mana.
Selesai sahaja makan tengahari bersama
ibu dan ayah, Zara segera masuk ke dalam bilik dan on laptop nya. Apa
lagi cek email lah, kot-kot ada orang terima dia bekerja ke. Siapa tahu kan.
“Tahniah,Cik dijemput hadir ke sesi
temuduga di Neraca Holdings pada hari dan masa yang telah di tetapkan seperti
dibawah:
HARI
: ISNIN
MASA:9.00
A.M-1.00 P.M
TEMPAT:
NERACA HOLDINGS JALAN TUN DR.ISMAIL, KUALA LUMPUR.
“Ibu, ayah…Zara kena panggil temuduga
kerja dekat KL.”beritahu Zara kepada kedua orang tuanya.
“Alhamdullillah, ibu doakan Zara berjaya
dapat kerja tu, haa..ni bila Zara nak pergi KL ni?”
“Zara ingat mungkin Zara pergi esok kot
bu, Zara ingat nak tumpang rumah Sara semalam, yela..kan dia duduk kat KL.Pagi
tu boleh minta dia yang tolong hantar kan Zara pergi kat tempat yang Zara nak interview tu.”
“Okay
lah ibu, Zara nak masuk bilik kejap nak
call Sara, nak bagi tahu yang Zara nak datang KL.”
“Yelah tu, pergilah telefon Sara tu, janji
betul-betul dengan dia. Ibu risau jugak Zara nak pergi sana naik bas
sorang-sorang.”
“Okay-okay…bereh bu, don’t worry lah.
Sampai saja di dalam bilik, Zara terus
mencapai telefon bimbitnya dan segera mendail nombor Sara.
Tutt, tutt ,tutt, tutt…
“Isyy..lambat lah pulak minah ni nak angkat phone dia.”
“Hello..Assalamualaikum
Sara, lambat nya kau angkat phone? Mana kau pergi hah? Ni tak salah aku
bergayut lah ni dengan boyfriend..sampai
aku call pun tak dengar.”bebel Zara.
“Waalaikumussalam..dah-dah…jangan nak
membebel kat aku lah Cik Zara oii…sakit telinga aku dengar, sedap nya kau tuduh
aku eh..actually aku sakit perut
la,aku lambat angkat call kau pun
sebab aku kat toilet.”
“La yeke? Alamak..sorry la, aku main tuduh je kau. hehehehe…..”
“Ala tak pe..aku dah tahu dah peel kau macam mana,ha ni asal calling-calling aku ni?”
“Ni lah aku nak cerita dengan kau ni, sebenarnya
aku kena panggil interview dekat Neraca Holdings, kau tahu tak tempat tu dekat
mana? Kalau kau tahu, aku ingat nak minta tolong kau hantar aku ke sana hari
Isnin ni boleh?”pesan Zara kepada Sara.
“Tak silap aku lah, aku pernah lalu area situ.Nanti aku tolong hantarkan kau.
Kau bila nak gerak dari kampung kau untuk datang sini?”
“Besok pagi aku gerak lah, and aku ingat nak tumpang tinggal dekat
rumah kau dalam sehari dua boleh ke?”
“Isy, apa pulak tak boleh nya,mesti lah
boleh. Esok kalau kau dah sampai KL jangan lupa call aku. Nanti boleh lah aku datang jemput kau kat Puduraya.”
“Okay..thanks
Sara.Nanti apa-apa hal aku inform kau
eh. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”talian segera
dimatikan oleh Zara setelah memberi salam.
“Tara guna punya kawan, laju je
letak phone. Nak save prepaid lah tu.”bising Sara.
Keesokan harinya, aku sudah bersiap-siap
hendak pergi ke Kuala Lumpur. Ibu, siap sediakan sarapan nasi lemak lagi
pagi-pagi ni. Takut kalau-kalau aku lambat sampai rumah Sara, tak ada lah perut
ni lapar sangat. Nak buat macam mana, nama pun seorang ibu kan? Mesti lah dia
sentiasa take care dengan aku. Ewah-ewah..dah
macam iklan Garniear pulak.
“Pergi sana, ingat pesan ibu ye..jaga
diri tu baik-baik. Awak tu perempuan. Kalau jumpa orang-orang yang tak kenal
ajak tumpang, jangan ikut. Kot-kot orang tu ada niat jahat kat kita, siapa
tahu. Tunggu kat stesan bas tu sampai Sara datang jemput Zara tau!!”pesan Ibu
seolah-olah aku ni berumur 10 tahun,padahal aku dah 25 tahun.
Nak buat macam mana,aku seorang lah anak
perempuan tunggal mereka. Mestilah mereka risau. Sementara tunggu teksi nak
datang jemput ni, baik dengar nasihat-nasihat ibu betul-betul.
“Insya-ALLAH bu, Zara akan ingat semua
pesan ibu tu. Doakan Zara dapat kerja tu ye bu.”balas Zara kepada ibunya.
“Insya-ALLAH Zara, ibu sentiasa doakan
Zara tak kira lah kat mana Zara berada.”
Setelah itu, aku terus tunduk untuk
mengucup kedua-dua belah tangan ibu dan ayah sebelum berangkat ke Kuala Lumpur
menaiki teksi sampai ke Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor. Kemudian
aku terus menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur.
“Assalamuailaikum Sara, aku ni Zara.Aku
dah sampai dekat Puduraya. Kau dekat mana?”
“Waalaikummusalam, aku dekat belakang
kau ni, kau tak nampak ke?”
“What!!!
Belakang aku? Kau biar betik?”
“Yela..cuba kau toleh belakang kejap.”
“La, kau dah lama ke sampai sini?”tanya
Zara kepada sahabatnya itu.
“Tak jugak sebenarnya, tadi time kau call aku tu, aku baru je sampai sini, lepas tu aku terus lah
cari-cari kau. Tak sangka jugak, cepat aku jumpa.”
Setelah melalui kesibukan jalan
raya,akhirnya aku sampai jugak rumah si Sara ni. Boleh tahan besar jugak rumah
Sara ni. Patut lah, parents dia tak
kisah sangat dia tak kerja lagi. Rupanya dia ni dalam golongan anak orang-orang
berada jugak. Tak macam aku,hidup aku dan family
aku hanyalah berlandaskan kesederhanaan. Cukup untuk makan,pakai dan pelajaran
itu dah memadai bagi aku sebagai seorang anak. Kalau boleh,suatu hari nanti aku
nak balas budi kedua orang tuaku. Moga-moga ALLAH merestui niatku datang ke
sini untuk mencari kerja. Amin.
“Zara,ni bilik kau, kat sebelah bilik
kau tu bilik aku. Kalau kau ada apa-apa problem sepanjang kau berada dekat
sini,kau panggil je aku. Kalau kau nak pergi mandi, toilet pun ada dalam bilik ni. Kau tak payah lah susah turun bawah
nak guna toilet bawah.”
“Sara, aku tak tahu macam mana nak balas
budi baik kau selama ni dekat aku. Segala-galanya keperluan aku dekat sini kau
sediakan. Malu pulak aku dekat parents
kau. Nanti apa pulak kata mereka.”kata Zara kepada Sara.
“Ya-ALLAH Zara, jangan lah kau cakap
macam tu, aku tolong kau ikhlas. Tak terlintas dekat fikiran aku pun nak minta
balasan. Cuma aku harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Itu je
harapan aku. Aku dah anggap kau macam saudara aku sendiri tau. So kau janganlah segan-segan. Buat je
rumah ni macam rumah kau sendiri. Mummy dengan Daddy aku tak kisah.”
Sara, terlalu banyak yang telah kau berikan
kepadaku, tak terbalas rasanya budi baik kau yang telah kau taburkan kepadaku. Hanya
ALLAH sahaja yang dapat balas budi kau terhadap aku ni.
“Thanks
Sara.”
“You’re welcome Zara, dah-dah tak payah lah nak emo-emo sangat . Esok pukul 8.00
pagi aku hantar kau pergi tempat yang kau nak interview tu okay!”
“Okay.”
Tuesday, 17 December 2013
BAB 1 : TAK PAKSA...MAKA TAK CINTA
BAB:
1
Lamunan Qaseh Izara terhenti tatkala
bahunya di sentuh oleh sahabatnya Maisara.Serta merta lamunannya sebentar tadi
hilang sekelip mata.
“Hoi…apa yang kau temenungkan tu
Zara?”tanya Sara kepada Zara,sengaja ingin mengetahui apa yang telah sahabatnya
itu termenung sampaikan dia yang muncul di sebelah pun tidak di endahkan oleh
Zara.
“Isyy..terkejut aku tau tak Sara !!!
Kalau aku ni ada sakit jantung dah lama agaknya aku ni pergi tak kembali macam
lagu rabbani tu.”sengaja Zara berkata
begitu pada sahabatnya itu, yela bukan nya hendak beri salam ke apa dulu,ni
terus je terjah tanpa bagi salam,mahu tak terkejut beruk dia ???
“Ala kau tu yang termenung sakan nak
marah aku pulak, apa la punya kawan,apa yang kau termenung kan tu Zara?”tanya
Sara sekali lagi.
“Aku cuma teringatkan ibu dan ayah aku
kat kampung, rasanya dah lama betul aku tak balik kampung, dah rindu giler ni,
tapi nak buat macam mana, sekarang ni kita semua tengah busy nak buat revision
untuk final exam yang nak dekat ni.”kata Zara kepada Sara.
Hanya Allah je yang tahu betapa rindu nya
gadis yang bernama Qaseh Izara itu kepada kedua-dua orang tuanya.
Empat
minggu selepas itu.
“Zara,apa plan kau lepas ni?Ye la,kita kan dah habis exam,tunggu nak graduate
je lagi…so kau nak buat apa sementara
waktu ni?”tanya Sara kepada Zara.
“Aku ingat aku nak balik kampung tolong
ibu aku lah,atau kalau ada lubang-lubang kerja kosong,aku ingat nak jugak kerja
sambilan sementara nak graduate ni. Boleh
jugak aku bantu-bantu ibu dengan ayah aku kat kampung tu.”
“Bagus lah tu Zara, aku pun fikir macam
tu jugak.Sama je macam kau fikir tu.”beritahu Sara kepada Zara.
Kampung
Bagan Sungai Burung, Sungai Besar Selangor
“Assalamualaikum….ayah,ibu…Zara balik
ni.”laung Zara sewaktu tibanya di hadapan pintu rumahnya.
“Waalaikumussalam..Zara…kenapa anak
ibu ni nak balik tak bagitahu ibu dulu? Kalau tak, boleh ibu suruh ayah ambil
Zara kat stesen bas tadi.”jawab ibu Qaseh Izara sewaktu terlihat anak perempuan
tunggalnya sudah berada betul-betul di depan pintu rumahnya.
“Ala ibu, Zara segaja nak kasi surprise kat ibu.Zara dah start cuti tau, cuti kali ni panjang
sangat ibu.”kata Zara setelah menyalam tangan ibunya.
“Cuti? cuti apa nya Zara?Panjang
sangat Zara bagitahu ibu ni.”tanya Puan Kamariah kepada anaknya Qaseh Izara.
“Ala, ibu ni tak ingat ke yang Zara
ni dah habis belajar ibu.Ni ha Zara cuti,tunggu nak terima ijazah je.Zara rindu
sangat dengan ibu tau.Ibu tak rindu kat Zara ke?”tanya Qaseh Izara sambil
memeluk lengan ibunya itu.Macam lah dia seorang je dalam dunia ni ada ibu.
“Ahh!!! pedulikan apa orang nak cakap.Tu
orang, bukan aku. Ibu aku,suka hati aku lah aku nak bermanja sikit kan ? Hati
kecil Zara berkata sendirian.
“Rindu. Mana boleh tak rindu kat anak ibu
sorang ni.”jawab Puan Kamariah sambil mencubit kedua-dua belah pipi anak
gadisnya itu.
“Aduh, sakit lah ibu !!! Tak baik tau
buat Zara macam ni.Eh,lupa pulak Zara nak tanya,ayah mana ibu?”tanya Zara
kepada ibu nya.
“Bertuah punya anak, dah dekat nak setengah
jam sampai baru teringat nak tanya ayahnya,”marah Puan Kamariah.Ala..bukan marah sangat pun,marah-marah
manja gitu.Hahahah…..
“Ayah kat mana lagi dia, kalau tak ke
kebun dia tu.Macam la Zara tak kenal ayah Zara tu.Tak boleh duduk diam kt rumah
ni, ada je kerja yang dia nak buat.Maklum lah bekas tentera lah kata kan. Dah
pergi mandi, solat lepas tu turun kat dapur makan. Ibu ada masak Asam Pedas
Ikan Pari kegemaran Zara hari ni. Tiba-tiba je hari ni ibu tergerak hati nak
masak lauk tu, rupanya Zara yang nak balik hari ni.”
“Okay, Zara masuk bilik dulu ye
bu, bye”.Zara segera memasuki
biliknya untuk membersihkan diri dan solat terlebih dahulu.
“Assalamuailaikum…Yah, oh Yah?”
“Waalaikumussalam…abang dah balik
rupanya.”
“Amboi..sedap je awak masak hari ni ? Sapa
nak datang rumah?”tanya Encik Ismail bapa kepada Qaseh Izara.
“Abang nak tau tak,anak kita lah
balik..siapa lagi. Dah lah tak bagi tau dulu. Katanya nak buat surprise lah,apa lah.Kalau tak boleh
jugak abang yang pergi ambil dia kat stesen bas.”beritahu Puan Kamariah kepada
suaminya mengenai anak mereka.
Setelah satu jam berada di dalam bilik, Zara
keluar dengan hanya berkain batik dan memakai t-shirt sahaja.Beginilah keadaannya kalau berada di rumah. Maklumlah,dia
hanya seorang gadis kampung. Zara juga teringat pesan ibunya dahulu.
“Orang perempuan ni walau besar macam
mana pun pangkat, tinggi macam mana pun pelajaran, kalau tak reti pakai kain
batik buat apa? Nanti kalau dah kahwin dah bersalin duduk dalam pantang macam
mana? Tak kan nak pakai seluar kot? Sama lah jugak macam memasak. Tak kan
hari-hari nak jamu suami dengan nasi bungkus yang beli kat kedai je.”kata Puan
Kamariah suatu ketika dulu kepada anaknya Zara.
“Isyy…terngiang-ngiang betul apa yang
ibu pesan dulu. Tapi tak pe..at least
aku tau apa pakai kain batik? Memasak pun boleh lah tahan..heheheh…asal
la tiba-tiba pulak aku jadi orang perasan ni !!! Zara tersenyum sendiri bila
memikirkan apa yang di fikirkan sebentar tadi.”
“Ayah, bila ayah balik ni?”sapa Zara
apabila ternampak kelibat ayahnya berada di dapur.
“Baru je lagi Zara.Ni kamu ni kira nya
dah habis lah kan belajar dekat Universiti
tu?”tanya ayah.
“Aah ayah, dah habis lah kiranya. Tunggu
nak dapat ijazah je lagi. Lepas tu Zara nak kerja nak bantu ayah dengan ibu. Boleh
lah ringan kan sikit beban ayah. Lagi pun ayah dah banyak berkorban untuk nak
bagi Zara belajar. Sekarang tibalah masa untuk Zara balas jasa ayah dengan
ibu.”jawab Zara.
Sekarang lega rasanya hati Zara. Moga-moga
keputusan peperiksaan akhir Zara dapat membanggakan ayah dan ibu. Tiada yang
lebih bahagia di hati Zara selain melihat ayah dan ibu tersenyum melihat
kejayaan Zara. Bisik hati kecil gadis bernama Qaseh Izara.
Thursday, 5 September 2013
Bila Kebosanan Mula Melanda.
Assalamualaikum....
Okay...lama rasanya aku tak update entry baru. Now rasa bosan sangat-sangat. Nak study takde mood..kang tak pasal-pasal apa yang aku nak study tu tak melekat dekat kepala aku ni...heheheh...
Hmmm....nak cerita ape erk dekat korang?
Haaa....kenapa lagu dekat pencintanovella ni dah berubah? Mesti korang nak tau kan...kalau tak nak tahu pun tak pe..tapi aku just cerita jelah...
Lagu ni aku start minat bukan sebab Hani yang recommend kan..tapi sebab lagu ni diantara lagu yang aku karoake dengan kawan-kawan sekolah baru-baru ni.
Bayangkan...sangat-sangat menyentuh perasaan bila kami menyanyikan lagu Harus Terpisah by Cakra Khan diakhir karoake kitorang...macam tau-tau je memang kitorg HARUS TERPISAH demi mengejar cita-cita masing.
Sue...my beloved bff aka sister hood..dapat offer buat degree dekat UniMAP, Perlis. Faridah dapat dekat UUM, Kedah..hmm..so ktorg buat gathering aritu utk saje2 nak happy2 sama2..
Ya Allah...aku dengan Suraya..susah aku nak story..persahabatan kami sangat lama. Sejak dari aku darjah 3 aku kenal dengan dia..Selama ni dia study dekat je dengan aku. Tapi sekarang..jauh rasanya..nun jauh di Perlis sana..arghhhh....susah lah kita nak story mory sue...hmm..tapi xpe..kita ada whatsapp,wechat,twitter sume..so xde halangan la kan..so,aku happy akhirnya kau berjaya tempatkan diri kau dekat sana. Impian kau kan..aku happy tgk kau happy.. :)
Aku masih di Bangi..sekarang..Anis je la yang dekat dengan aku..sebab dia dekat UKM je..so senang la nak jumpa. hihihi...
p/s : Doakan kejayaan aku disini..Semoga aku berjaya dengan cemerlang dekat KPTM Bangi ni.. InsyaAllah..
p/s : Entry yang paling merepek yang penah aku tulis..sebab aku tak tahu nak tulis apa..apa yang terlintas dekat kepala tu lah yang aku tulis...hahahahah......
Bye....see you next time uolls... :) Night...
-azliza aziz aka zaza zara !!! -
Okay...lama rasanya aku tak update entry baru. Now rasa bosan sangat-sangat. Nak study takde mood..kang tak pasal-pasal apa yang aku nak study tu tak melekat dekat kepala aku ni...heheheh...
Hmmm....nak cerita ape erk dekat korang?
Haaa....kenapa lagu dekat pencintanovella ni dah berubah? Mesti korang nak tau kan...kalau tak nak tahu pun tak pe..tapi aku just cerita jelah...
Lagu ni aku start minat bukan sebab Hani yang recommend kan..tapi sebab lagu ni diantara lagu yang aku karoake dengan kawan-kawan sekolah baru-baru ni.
Bayangkan...sangat-sangat menyentuh perasaan bila kami menyanyikan lagu Harus Terpisah by Cakra Khan diakhir karoake kitorang...macam tau-tau je memang kitorg HARUS TERPISAH demi mengejar cita-cita masing.
Sue...my beloved bff aka sister hood..dapat offer buat degree dekat UniMAP, Perlis. Faridah dapat dekat UUM, Kedah..hmm..so ktorg buat gathering aritu utk saje2 nak happy2 sama2..
Ya Allah...aku dengan Suraya..susah aku nak story..persahabatan kami sangat lama. Sejak dari aku darjah 3 aku kenal dengan dia..Selama ni dia study dekat je dengan aku. Tapi sekarang..jauh rasanya..nun jauh di Perlis sana..arghhhh....susah lah kita nak story mory sue...hmm..tapi xpe..kita ada whatsapp,wechat,twitter sume..so xde halangan la kan..so,aku happy akhirnya kau berjaya tempatkan diri kau dekat sana. Impian kau kan..aku happy tgk kau happy.. :)
Aku masih di Bangi..sekarang..Anis je la yang dekat dengan aku..sebab dia dekat UKM je..so senang la nak jumpa. hihihi...
p/s : Doakan kejayaan aku disini..Semoga aku berjaya dengan cemerlang dekat KPTM Bangi ni.. InsyaAllah..
p/s : Entry yang paling merepek yang penah aku tulis..sebab aku tak tahu nak tulis apa..apa yang terlintas dekat kepala tu lah yang aku tulis...hahahahah......
Bye....see you next time uolls... :) Night...
-azliza aziz aka zaza zara !!! -
Saturday, 3 August 2013
I'm sorry... Belajar dari kesilapan dan cuba untuk muhasabah diri ini.
Assalamualaikum...
Mungkin entry kali ni tak seceria entry yang sebelum ni. Tapi aku cuba untuk tulis supaya aku dapat luahkan apa yang ada dalam hati ini. Tak kisah lah tak ada follower yang baca blog aku ni. Atleast lepas aku luahkan segalanya..aku akan rasa tenang sikit.
Maaf....andai kata diri ini bukan seorang sahabat yang baik. Aku sedar..aku salah..aku tak sepatutnya buat begitu. Mungkin time tu aku tak fikir panjang. Aku tak pedulikan apa orang nak cakap. Aku lebih ikut kata hati ni...sampai ada hati lain yang terluka oleh kelakuanku ini.
Aku minta maaf. Sebagai manusia..aku minta maaf sangat-sangat atas apa yang terjadi. Please jangan salahkan diri korang atas apa yg terjadi. Semua ni salah aku. Aku minta maaf. Rasanya diri ini sering lakukan kesilapan..yela kan..aku juga manusia biasa yg tak sesempurna mana.
Mungkin tak semua orang yakin bila aku cakap macam ni..aku akan berubah..tapi...aku akan cuba. Bila ada orang menegur kita..seharusnya kita tidak boleh melenting. Malah...belajar untuk terima teguran itu dan perbaikinya andai itu salah. Bukan marah atau cuba untuk mencari kesalahan orang lain. Malah kita harus redha dengan apa yg terjadi. InsyaAllah...aku cuba perbetulkan diri ini...
Aku sayang korang semua...Hani,Tyka & Atie...dari semester 1 aku kenal korang. Aku tak pernah anggap korang musuh aku. Malah korang sahabat rapat aku masa aku belajar dekat sini. Terima kasih sebab tegur silap aku...walaupun dengar cara kasar. Tapi aku tak marah. Salah aku..
-Kami sentiasa berEmpat-
Maaf andai aku bukan seorang kawan yang baik pada korang...tapi honestly..aku SAYANG persahabatan kita ni..Moga ia kekal hingga bila-bila..InsyaAllah.
Sorry...entry kali ni agak sayu sedikit hati ni bila jejari ini menyentuh papan keyboard lappy ni....Entry kali ni tidak berniat apa2..tapi niat hanya ingin meluahkan rasa hati dan memohon MAAF.. :( Assalamualaikum... :)
Wednesday, 10 July 2013
Dari Novel ke Drama :)
Assalamualaikum...
Hye uollss...lama rasanya aku tak update blog ni kan..rasa-rasanya dah hampir 2 bulan lebih aku tak update..n now aku dah masuk semester 5 dekat kolej..that's means sem ni adalah tahun yg ke tiga iaitu tahun akhir sebelum tahun depan aku dah mula kena pergi praktikal. Hmmm..pejam celik, pejam celik dari aku habis SPM..then aku sambung belajar..n now dah nak habis amik diploma..Insya-Allah..niat dihati tu mmg nak sambung lagi ke peringkat yg lebih tinggi. Kalau ada rezeki. Insya-Allah lah kan.
Okayy..cukup la kot kalau aku nak story pasal diri aku yang dah lama menghilang dari dunia blog ni selama 2 bulan ni..tapi terasa macam busy plk..hihihi..
Okayy..tujuan update blog ni just nak story sikit pasal SSID episode akhir haritu. Macam mana pendapat korang sume? Best tak? Hmm...bagi aku..best. Nak tau kenapa sebab nya mmg la ada sedikit perubahan. Tapi jalan cerita dia still menarik la.. Hmm..lepas ni malam-malam jumaat ku pasti terindu-rindu dekat gelagat Firash Arshad & Syafa Aqira kannnn? Sweet la dorang..haihh..Btw..lakonan Izzue Islam & Tiz Zaqyah dalam SSID tu mmg menjadi betul lah. Tahniah juga kepada penulis novel nya iaitu Kak Zura Asyfar. :)
Ni ada sedikit gambar yang aku nak share dekat korang sume.. :) Tengok lah..
Bahagia Rash & Syaf time ni..terkenang moment-moment perkenalan diorang masa kecil-kecil di Kg.Selidang. Dan ni adalah pesanan dari Cik Penulis kita sendiri.. :)
See...cerita ni mmg menjadi fonomena betul lah. Tengok rating penonton setiap episode lah kan..dr episode 1-13..mmg diluar jangkaan.
So jangan lupa lepas ni, drama yang ganti SSID. Kampung Girl pulaak..novel dia not bad tau..hopefully drama dia pon best lah.. kita tengok Ashraf Khairi & Ainnur Azmi plk yee..lakonan Akim Ahmad & Nad Zainal..jangan lupa pukul 9 malam slot zehra tv3 mulai 12 July 2013.. :)
Okay..bye..see u laterrr uollss..iollss jumpa korang dekat next entry okayy.. bye.. Assalamualaikum.
Saturday, 4 May 2013
Sedikit Cerita Di PBAKL 2013.
Assalamualaikum...
Hye uollss...hari ni iollss muncul balik untuk update entry baru dkt uollss semua..di kesempatan ini..aku nak story lah sikit pasal PBAKL 2013..
Ceritanya..hari isnin 29 April 2013..aku whatsapp lah dengan my sister in law..mula2 mcm biasa..tanya khabar dia n everything la..then..aku pun keluarkan kenyataan.. *kak yus..jom 1 may ni kita gi pesta buku?*
Kak yus pun jawab.. *bila?dekat mana?*
Aku pon jawab.. *alaa..dekat PWTC..smpai 5may je taw..jom lah..* nampak tak kat situ..aku tengah berusaha pujuk my sis utk g sana..heheh...
Kak yus jawab.. *boleh..tapi kakak taw tak jalan nak g sana? kak yus ingat2 lupa..*
Aku jawab.. *yeke?..xpe2..t sy tanya member eh*..
Kak yus jawab.. *okay..esok kak yus kompemkan balik jadi ke tak nk g sana ngn kakak..*
Aku pon jawab..*okay..hopefully jadi lah..*heheh...
Keesokan harinya my sis call me n ckp esok siap2..kak yus dtg amik kakak kat Bangi..horeyy..akhirnya berjaya jugak pujuk my sis..happy gilerr uolss..
Esok..lepas je g breakfast ngn my sis..naik kereta..bila dah lepas je Tol Sg.Besi..aku start lah on GPS..best jgk gne GPS kt Iphone 5 my sis pye ni..hahah..
Mmg agak jammed lah jalan nak msk PWTC tu..dgn budak2 sekolah lg..full park lah..maklumlah kitorg g time hari cuti..1 May kan?so..terima jela..
Masuk2 je..puas la pulak aku cari booth SR Publication...merata cari..sampai berpeluh2..ni semua gara2 nak dapatkan novel kakak SR kita lah..Curi-Curi Cinta..
And akhirnya..jumpa jugak...
Tadaa....saya dapat jumpa sendiri dengan penulis CCC..kak Siti Rosmizah kita.. :)
Ni dia novel yang aku nanti-nantikan sangat..
Ni yg paling happy...dpt signature dr kak SR lg uollss...
Mood..sgt2 happy uollss..n selain tu aku ade lah beli novel lain macam Duka Bersulam Rindu karya Ameera Ameer ngn Sehangat Asmara karya Aisya Sofea....okay lah..semoga kita jumpa lagi di lain hari dalam entry yg berbeza okay... :) byee..assalamualaikum..
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)


